fbpx
Now Reading
Inginkan Kelainan, Pengantin Perempuan Pandu Traktor Ke Majlis Perkahwinan [Video]
Pengantin perempuan pandu traktor

Inginkan Kelainan, Pengantin Perempuan Pandu Traktor Ke Majlis Perkahwinan [Video]

Pengantin perempuan itu ditemani oleh dua abangnya di atas traktor tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pengantin perempuan di daerah Betul, Madhya Pradesh, India, membuat kelainan apabila beliau memandu sendiri sebuah traktor ke majlis perkahwinannya, menurut laporan NDTV pada Jumaat (27 Mei).

Kilp video berkenaan menjadi tular di India selepas ia dimuat naik di media sosial.

Menerusi rakaman video, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Bharti Tagde, dilihat memasuki astaka perkahwinan dengan memakai sari tradisional berserta cermin mata hitam sambil memandu sebuah traktor.

Dua orang lelaki yang merupakan abang kepada pengantin perempuan itu turut terlihat berada di atas traktor untuk menemani adik mereka.

Ketibaan pengantin perempuan yang dirahsiakan itu turut mengejutkan para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Trend menghantar pengantin perempuan menggunakan kereta atau tandu sudah menjadi perkara biasa, dia mahu menampilkan sesuatu yang berbeza, ujar Bharti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.