fbpx
Now Reading
Uncle Nyanyi Lagu Awie & Iklim Di Majlis Perkahwinan, Buat Ramai Kagum [Video]

Uncle Nyanyi Lagu Awie & Iklim Di Majlis Perkahwinan, Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menarik perhatian adalah lelaki Cina yang merupakan ahli keluarga kepada isteri Rashid Omar itu kelihatan seronok dan bersahaja menyampaikan lagu bertajuk ‘Terima Kasih’ nyanyian asal oleh Awie.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara yang berbilang kaum. Keharmonian dan keamanan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan budaya menjadikan Malaysia antara negara yang sering mendapat perhatian ramai.

Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah setiap individu yang berlainan bangsa bebas meminati apa yang dihasilkan oleh bangsa lain asalkan tidak bertentangan dengan hukum agama.

Contohnya seperti masyarakat Cina dan India yang gemar makan nasi lemak yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu atau masyarakat Cina yang meminati lagu-lagu Melayu.

Pak Cik Bangsa Cina Nyanyi Lagu Awie Di Majlis Perkahwinan

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @rashidomar88, kelihatan saudara lelakinya menyanyikan lagu penyanyi lagenda rock tanah air, Awie.

Menurut Rashid, dia telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu isterinya. Difahamkan, keluarga sepupu isterinya itu berbangsa Cina.

“Majlis perkahwinan sepupu isteri. Keluarga belah Cina, semua sporting,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian adalah lelaki Cina yang merupakan pakcik saudara isterinya itu kelihatan seronok dan bersahaja menyampaikan lagu bertajuk ‘Terima Kasih’ nyanyian asal oleh Awie.

Malah, dia turut menarik beberapa individu yang lain ke pentas untuk turut menyanyikan lagu itu bersama-sama.

“Bila pak cik kau Cina tapi kau minta dia payung lagu Awie, sempoi layan,” tulis pemilik video berkenaan di video tersebut.

Turut Nyanyi Lagu Bukan Aku Tak Cinta Nyanyian Iklim

Ketika di akhir video itu juga, kelihatan lelaki Cina itu turut memenuhi permintaan individu di majlis tersebut untuk menyanyikan satu lagi lagu.

Dia kemudiannya terus menyanyikan sedikit cebisan lagu berjudul Bukan Aku Tak Cinta nyanyian oleh kumpulan Iklim.

Tindakannya itu nyata mendapat sorakan daripada tetamu di majlis perkahwinan tersebut yang terus memintanya menyanyikan lagu Isabella nyanyian Search. Walau bagaimanapun, nyanyian lagu Isabella itu tidak ditunjukkan di video berkenaan.

@rashidomar88

Majlis wedding sepupu wife.. Family belah chinese. Semua sporting 🤣 Mintak lagu awie dapat.haha

♬ original sound – R.O – R.O

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan kagum dengan lelaki berbangsa Cina itu yang dilihat selesa menyanyikan lagu Bahasa Melayu.

Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman yang sama mempunyai rakan berbangsa Cina yang gemar menyanyikan lagu artis tempatan.

Original Suara, Sempoi Uncle, Macam Ayah Angkat Cina Saya, Lagu Rock Dulu-Dulu Dia Layan Karok

Aku Pernah Jumpa Cina Nyanyi Lagu Kian-Mawi

Powerrr Uncle

Lagi Sedap Uncle Ini Nyanyi Siap Tone, Bila Turn Aku Terus Jadi Syair

Asal Ramai Cina Suka Lagu Awie Eh, Banyak Kali Juga Event Diorang Bawa Lagu Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Ah Wee” – Tular Lelaki Cina ‘Enjoy’ Nyanyi Lagu Awie Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Video Lelaki Melayu Nyanyi Lagu Kantonis Untuk Hiburkan Uncle Cina Di Wad Hospital Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.