
“Ni Ah Wee” – Tular Lelaki Cina ‘Enjoy’ Nyanyi Lagu Awie Undang Perhatian Ramai [Video]
Setakat artikel ini ditulis, video tular berdurasi 1.42 minit itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila meraih jumlah tontonan sebanyak 114,900 dan 7,830 tanda suka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi yang lahir sebelum tahun 90-an, anda pasti pernah melalui zaman kegemilangan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Search, Wings, XPDC, May, Sweet Charity dan banyak lagi.
Meskipun kebanyakan kumpulan ini menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, namun ia tetap mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Malah, sehingga hari ini masih ada segelintir rakyat Malaysia berbangsa India, Cina serta lain-lain yang masih mendengar serta menyanyikan lagu daripada kumpulan-kumpulan rock kapak ini.
Lelaki Cina nyanyi lagu Terima Kasih daripada Datuk Awie
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina menyanyikan lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Awie yang juga vokalis kumpulan Wings.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @gelamredah, kelihatan lelaki terbabit santai serta ‘enjoy’ menyanyikan lagu berjudul Terima Kasih daripada Awie di atas pentas.
Para pengunjung turut tonton persembahan nyanyian tersebut
Dalam video sama, turut kelihatan beberapa pengunjung lain sedang khusyuk duduk di hadapan pentas sambil menonton lelaki berkenaan membuat persembahan.
Setakat artikel ini ditulis, video tular berdurasi 1.42 minit itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila meraih jumlah tontonan sebanyak 114,900 dan 7,830 tanda suka.
@gelamredah Aaiiiyaa Awie ….
♬ original sound – FaizalSalleh – FaizalSalleh
Netizen terhibur dan kagum dengan nyanyian lelaki Cina itu
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dan kagum melihat lelaki berbangsa Cina itu membawa lagu Melayu dengan begitu baik.
Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga mendakwa lagu berkenaan sememangnya diminati oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Segelintir mereka juga berseloroh dengan memberi nama kepada lelaki terbabit ‘Ah Wee’ memandangkan dia berbangsa Cina namun menyanyikan lagu daripada raja Rock Malaysia itu.



@gelamredah Replying to @Ridzuan2009 dia cakap terima kasih bagi nama Ah Wee … 😂
♬ original sound – FaizalSalleh – FaizalSalleh
BACA ARTIKEL BERKAITAN: