fbpx
Now Reading
“Kita 1 Malaysia” – Wanita India Bantu Suap Makanan Kepada Pesakit Melayu Buat Ramai Sebak [Video]

“Kita 1 Malaysia” – Wanita India Bantu Suap Makanan Kepada Pesakit Melayu Buat Ramai Sebak [Video]

Video tular itu dirakam oleh anak perempuan ‘aunty’ tersebut yang juga salah seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara majmuk yang diduduki oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan bangsa, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan sejahtera serta makmur.

Sejak dahulu lagi, ibu bapa dan para guru telah mengajar anak-anak kecil tentang nilai murni untuk saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

Maka tidak hairanlah jika kita sering melihat rakyat Malaysia yang berbeza bangsa dan agama ini mampu hidup bersama dalam keadaan harmoni dan sentiasa tolong-menolong.

Tular wanita India bantu pesakit Melayu

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita berbangsa India membantu seorang pesakit wanita Melayu di dalam wad sebuah hospital.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @mynewshub, kelihatan wanita itu menolak meja beroda di hadapan katil mendekati pesakit terbabit.

Bantu suap makanan dan minuman kepada pesakit

Setelah itu, dia menyuapkan makanan dan minuman yang berada di atas meja berkenaan kepada pesakit wanita itu.

Apa yang mengharukan, wanita berhati mulia itu juga dilihat membantu beberapa pesakit lain yang ada di wad terbabit.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh anak perempuannya yang juga salah seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ramai puji dan berasa sebak melihat video itu

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut memuji tindakan wanita itu membantu pesakit lain tanpa mengira bangsa.

Tidak hanya itu, tindakan wanita itu menyuapkan makanan dengan seikhlas hati juga menyebabkan ramai berasa sebak.

Maka jelas di sini sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur serta berbangga kerana mampu hidup di dalam satu negara yang sama dalam keadaan harmoni meskipun berbeza bangsa dan agama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.