“Perlu Ke Sebut Naik Mercedes” – Lelaki Kecewa Dapat Order Salah, Tapi Digelar Bongkak Oleh Netizen [Video]

Kewujudan aplikasi penghantaran makanan antaranya seperti seperti Grab, Foodpanda dan ShopeeFood sememangnya memudahkan kehidupan orang ramai.

Dengan hanya membuat pesanan di hujung jari, makanan yang dipesan sudah boleh dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Namun, ia boleh menjadi isu sekiranya makanan yang diterima adalah berbeza dengan menu yang dipesan. Keadaan ini sudah semestinya boleh menimbulkan rasa marah dalam diri segelintir individu.

Lain Makanan Yang Dipesan, Lain Yang Dapat

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila makanan yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan.

Difahamkan, dia membuat pesanan dari sebuah restoran melalui satu aplikasi penghantaran makanan.

Namun, malangnya restoran itu tidak menyediakan pesanan dengan betul justeru dia mengambil keputusan untuk pergi ke premis itu.

Pada awal video berkenaan, lelaki itu mendedahkan mahu berjumpa dengan pengurus restoran tersebut bagi memaklumkan kejadian itu namun, pekerja memaklumkan bahawa pengurus telah keluar.

“Hello, saya nak jumpa pengurus, awak tengok ni, awak hantar makanan apa dekat saya? Apa yang saya pesan?

“Tukar sekarang dan bayar Touch ‘n Go saya, bayar minyak kereta saya,” katanya kepada pekerja itu.

Dakwa Terpaksa Redah 7KM Pandu Mercedes, Kena Bayar Touch ‘n Go & Isi Minyak Untuk Tukar Makanan

Apa yang turut menjadi perhatian adalah lelaki itu mula berang dan melepaskan kemarahannya kepada pekerja tersebut.

Malah, dia juga mendedahkan terpaksa memandu kereta Mercedes, meredah perjalanan 7 Kilometer (KM), membayar Touch ‘n Go dan mengisi petrol semata-mata untuk memulangkan makanan itu.

“Apa ni, saya order nasi ayam Hainan. Saya pandu Mercedes datang sini, saya bayar Touch n’ Go, isi minyak hanya untuk tukar makanan ke?” kata pelanggan itu lagi.

Malah, dia juga tetap berkeras mahu berjumpa pengurus restoran terbabit.

Namun, pada akhir video berkenaan, pelanggan itu mendedahkan tidak dapat berjumpa dengan pengurus seperti yang dimahukan.

Malah, restoran itu bertindak membayar RM20 dan menukar makanan sebagai menebus kesalahan.

@generaljohnlabu

#fyp #viralvideo #kecewa #sedihbanget😭😭😭 Kesian kepada mana2 org yang senasib.. kalau kena org x boleh makan pedas, dihantarnya makanan pedas mcm mana ? mau naya pak karim..

♬ original sound – Johnlabu1991® – Johnlabu1991®

Isu ini turut menjadi sohor di Twitter (X) selepas dikongsikan oleh seorang pengguna.

Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Video berkenaan nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata mengecam tindakan lelaki itu yang dilihat tidak mampu mengawal kemarahan serta mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah mahu menunjuk dirinya memandu kereta mewah.

Malah, ada juga yang menganggap pelanggan itu tidak bijak kerana segelintir netizen berpendapat dia boleh sahaja membuat aduan kepada aplikasi makanan tanpa perlu pergi ke restoran tersebut.

Namun, ada segelintir yang menyokong tindakan lelaki berkenaan kerana mereka juga mendakwa sering mendapat makanan yang lain daripada yang dipesan.

Berikut antara komen netizen:

Kaya Tapi Tak Bijak, Report Jela Dalam Apps Dapat Refund, Terpaling Mercedes

Pekerja Tu Terkejut Cara Dia Cakap Orang Putih Macam Kanak-Kanak

Saya Selalu Juga Macam Ni, Tapi Saya Makan Je Sampai Habis

Selalu Saya Buat Aduan Dekat Grab/Foodpanda, Lepas Tu Dapat Refund

Mula-Mula Nak Back Up, Tapi Bila Dia Sebut Mercedes Hmm

Tak Tahulah, Kadang-Kadang Mereka Tak Fokus

Baca Artikel Berkaitan: Dapat Order Nasi Lemak Kari Ayam Tabur Milo, Pekerja Restoran Reda Penuhi Permintaan Pelik Pelanggan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Haih Dugaan Lagi” – Rider Grab Pening Kepala, Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago