fbpx
Now Reading
Dapat Order Nasi Lemak Kari Ayam Tabur Milo, Pekerja Restoran Reda Penuhi Permintaan Pelik Pelanggan [Video]

Dapat Order Nasi Lemak Kari Ayam Tabur Milo, Pekerja Restoran Reda Penuhi Permintaan Pelik Pelanggan [Video]

Risau dengan menu yang dibuat, pekerja kedai makan itu menghantar mesej bagi memastikan pesanan yang disediakan adalah betul mengikut permintaan pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi individu yang bekerja dalam bidang perkhidmatan terutamanya restoran, pelbagai ragam pelanggan yang ditemui setiap hari. Ada pelanggan yang baik dan kelakar namun ada juga yang boleh menguji kesabaran pekerja.

Sebagai pekerja dalam sektor ini, prinsip ‘Customer Always Right’ sentiasa dipegang walaupun kadang kala perangai pelanggan boleh memeningkan kepala.

Pelanggan Pesan Nasi Lemak Tabur Milo

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @shaheeraazhar_, dia terkejut dengan pesanan yang diterima melalui aplikasi online.

Namun, sebagai pekerja restoran, dia perlu memenuhi permintaan tersebut walaupun permintaan itu pelik dan berbeza dari menu kebiasaan.

Menceritakan perkara itu, pada mulanya dia menyangka dirinya tersalah melihat pesanan yang masuk. Namun, setelah dipastikan berkali-kali, dia yakin dengan apa yang dilihatnya.

Melalui pesanan tersebut, pelanggan itu meminta meletakkan serbuk milo di atas nasi lemak yang dipesannya.

“Hari ni hari jadi dia, tapi aku pelik kenapa dia letak dekat nasi lemak bukan dekat milo? Masalahnya pelanggan tu minta macam tu letak dekat nasi lemak,” kata pekerja wanita berkenaan.

Minta Pandangan Bos Sebelum Siapkan Pesanan

Hairan dengan permintaan tersebut, pekerja wanita itu meminta pandangan bosnya mengenai pesanan pelanggan berkenaan.

“Selalu utamakan servis, servis, servis, customer always right,” kata bos wanita berkenaan.

Oleh kerana majikannya telah menitipkan pesanan sedemikian, wanita berkenaan dengan rela hati menyediakan pesanan nasi lemak kari ayam milo yang dipesan.

Malah, dia turut menulis ucapan ‘selamat hari jadi’ di bungkusan khusus buat pelanggan yang memesan hidangan tersebut.

Siap Mesej Pelanggan Untuk Dapatkan Kepastian

Risau dengan menu yang dibuat, pekerja wanita itu turut menghantar mesej kepada pelanggan bagi memastikan pesanan yang disiapkan adalah betul mengikut arahan yang ditetapkan.

Apa yang mengejutkan adalah sememangnya pesanan itu adalah betul dan tidak salah seperti yang dianggap oleh pekerja wanita itu.

Perkongsian video tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan menu yang dipesan oleh pelanggan berkenaan.

Ada juga yang hairan dan pelik dengan pesanan nasi lemak kari ayam berserta milo yang diminta kerana tidak pernah melihat hidangan sedemikian. Namun, ada juga yang menganggap pelanggan itu tersalah membuat pesanan.

Rupanya Ada Plot Twist, Bos Kedai Makan Yang Order Untuk Staf

Terbaharu, menerusi video yang dikongsikan oleh pekerja wanita berkenaan, dia mendedahkan siapakah gerangan pelanggan yang membuat pesanan pelik itu.

Menurut wanita itu, pesanan itu dibuat oleh bosnya sendiri sebagai ‘hadiah’ bagi menyambut hari kelahiran salah seorang pekerja lelaki di restoran tersebut. Ini kerana majikannya itu tidak dapat menyambut bersama-sama pada hari berkenaan.

Sebagai hadiah, dia memesan nasi lemak kari ayam milo kerana mengetahui perangai pelik pekerja lelaki yang dikenali sebagai Wan itu gemar menikmati hidangan sedemikian.

Malah, wanita itu turut mendedahkan, nombor telefon yang tertera di aplikasi tersebut merupakan nombor isteri pekerja tersebut.

@shaheeraazhar_

saja tunggu harini , sorry lambat bagitahu 🤣 ” plot twisis “

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Berikut antara komen netizen:

Masalahnya Akak Ni Tak Salah, Memang Pelanggan Tu Seronok Dapat Nasi Lemak Milo

Aku Yang Seram & Berdekah

Apa Rasa Nasi Lemak Kari Ayam Milo

Ya Allah Macam-Macam Selera Orang Zaman Sekarang

Baca Artikel Berkaitan: Cara Pelik Lelaki Ini Makan Tiram Buat Rakan Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Haih Dugaan Lagi” – Rider Grab Pening Kepala, Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.