fbpx
Now Reading
Lelaki Di India Derita Sakit Perut Gara-Gara Makan 60 Jenis Barang Rumah

Lelaki Di India Derita Sakit Perut Gara-Gara Makan 60 Jenis Barang Rumah

Hasil rawatan menunjukkan lelaki itu menghidapi penyakit Pica iaitu keadaan kesihatan mental yang mengakibatkan individu menelan barang yang bukan makanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang sakit perut, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah ia berpunca daripada keracunan atau salah makan.

Menurut Hello Doktor, ia juga boleh disebabkan oleh simptom biasa antaranya seperti masalah ketidakcernaan, sembelit, angin dan alahan makanan.

Namun, berbeza dengan seorang lelaki di India apabila sakit perut yang dialami dikatakan berpunca daripada perbuatannya sendiri.

Jumpa 60 Jenis Barang Rumah & Perhiasan Ditemui Dalam Perut

Lelaki yang dikenali sebagai Kuldeep Singh dikatakan telah mengalami sakit perut sejak dua tahun yang lalu.

Dia yang berusia 35 tahun pergi ke Hospital Mega Medicity yang terletak di Punjab, India bagi mendapatkan rawatan sakit perut serta turut mengalami demam panas.

Menurut Pengarah Hospital Moga Medicity Ajmer Singh Kalra, hasil imbasan X-ray mendapati terdapat loket, rantai, skru, telefon telinga dan objek lain ditemui dalam perut lelaki berkenaan.

Malah, dianggarkan 60 jenis barang rumah termasuk barang perhiasan seperti butang baju, zip, magnet dan pin keselamatan serta objek yang tidak boleh dimakan turut ditemui.

Doktor Sahkan Pesakit Hidapi Pica

Hasil rawatan menunjukkan lelaki itu menghidapi penyakit Pica iaitu keadaan kesihatan mental yang mengakibatkan individu menelan barang yang bukan makanan.

Lazimnya, penyakit ini dialami oleh kanak-kanak, wanita hamil dan individu yang mengalami gangguan psikiatri seperti autism, ketidakupayaan intelektual atau skizofrenia.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga pesakit itu tidak sedar dengan penyakit yang dialami olehnya.

Makan Objek Tajam Sebabkan Kecederaan Kepada Individu

Tambah Kalra lagi, apabila individu itu memakan objek yang tidak boleh dihadam, ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.

“Oleh kerana dia telah memakan objek tajam, terdapat luka-luka yang teruk dalam perutnya,” katanya lagi.

Malah, Kuldeep turut menjalani pembedahan selama tiga jam diketuai oleh pakar bedah Anup Handa dan pakar gastroenterologi, Dr Vishavnoor Kalra.

Walaupun prosedur pembedahan berjaya dilaksanakan, Kuldeep masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

“Dia masih bergantung kepada ventilator (alat bantuan pernafasan) dan dalam keadaan kritikal,” kata Kalra.

Baca Artikel Berkaitan: “Cicak Pun Dia Telan”- Lelaki Gemar Makan Haiwan & Serangga Hidup-Hidup, Dakwa Rasanya Enak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Thailand Terkejut Selepas Jumpa Mata Kail Dalam Hidangan Ikan Keli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.