“Saya Bangga Jadi Orang Malaysia” – Johan Ghazali Mahu Naikkan Nama Negara, Bukan Negeri [Video]

Nama atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sememangnya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.

Ini kerana pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh remaja berusia 17 tahun itu di dalam pertandingan Muay Thai terutamanya bagi siri ONE Championship.

Ramai yang nak tahu asal usul Johan Ghazali, dari Perak atau Sarawak?

Bagaimanapun, populariti bintang muda Muay Thai itu menyebabkan timbul pula persoalan tentang asal-usulnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, ada yang mendakwa Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo itu dari Perak dan ada juga yang mendakwa dia dari Sarawak.

Susulan itu, Jojo menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial telah memberi penjelasan tentang asal usul dirinya kepada orang ramai.

Datuk Johan Ghazali berasal dari Perak, ayahnya dibesarkan di Kuala Lumpur

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Muaythai Malaysia, Jojo berkata datuknya berasal daripada Lenggong, Perak manakala bapanya pula dibesarkan di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya aku ini orang Malaysia lah. Tapi kan yang penting aku rasa korang tak patut kisah aku dari (negeri) mana, yang penting aku orang Malaysia,” katanya.

Menurut Jojo, dia bangga menjadi rakyat Malaysia dan dapat membawa Jalur Gemilang di setiap kejohanan yang disertainya di peringkat antarabangsa.

Jojo ‘target’ ingin bawa naik nama negara bukan negeri

Jojo yang mewakili kelab Rentap Muay Thai itu juga berkata dia mempunyai sasaran untuk menaikkan nama negara dan bukannya nama sesuatu negeri.

“Sebab aku dah ‘fight’ (berlawan) di pentas dunia, jadi aku nak bawa naik nama Malaysia,” katanya lagi.

Jojo turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti mengaitkan dirinya dengan mana-mana negeri dan cukup sekadar mengetahui dia sebagai anak Malaysia.

Di akhir perkongsiannya, Jojo turut berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus kekal bersatu padu.

Pukulan KO Johan Ghazali di ONE Championship hanya ambil masa 16 saat

Terdahulu, nama Johan Ghazali mula menjadi bualan ramai selepas pemuda kelahiran Sarawak itu berjaya menumpaskan lawan dalam 16 saat sahaja dengan pukulan ‘knockout’ (KO) semasa penampilan sulungnya di siri ONE Championship pada 24 Februari lalu.

Kejayaan demi kejayaan yang dilakar Jojo sehingga dia berjaya menerima kontrak daripada ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM473,507) setahun.

Bahkan baru-baru ini, dia berjaya menumbangkan petarung dari Mexico yang juga juara Muay Thai Antarabangsa WBC dalam masa 36 saat sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Berusia 16 Tahun, Atlet Muay Thai Negara Tumbangkan Lawan Dari Thailand Dalam Masa 16 Saat [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

34 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

5 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago