Gelagat Lelaki Pujuk Wanita Merajuk Di Tepi Jalan, Tarik Perhatian Ramai [Video]

Setiap pasangan tidak kiralah kekasih atau suami isteri pastinya pernah menghadapi ujian ketika menjalinkan hubungan.

Dugaan boleh datang dalam pelbagai cara. Ada yang diuji dengan ujian pasangan curang, ada yang diuji dengan wang ringgit dan lain-lain lagi. Dugaan dan ujian inilah yang menjadi penguat kepada sesuatu hubungan yang terjalin.

Malah, ia juga melatih diri individu untuk menjadi lebih matang dalam menangani pelbagai masalah yang melanda. Jika tidak kuat, maka hubungan yang terbina boleh musnah sekelip mata.

Lelaki Kejar Pasangan Merajuk Jalan Kaki Ketika Di Jalan Raya, Punca Kesesakan Jalan Raya

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @fiedhacoway, kelihatan seorang wanita berjalan kaki sambil dikejar oleh sebuah kereta Proton Waja dipandu oleh seorang lelaki.

Wanita yang berbaju kurung warna hijau serta memakai tudung berwarna putih itu dilihat terus berjalan kaki dan tidak mengendahkan kereta berkenaan yang sedang mengekorinya dari belakang.

Menurut Fiedha, tindakan lelaki yang memperlahankan kereta tersebut bagi memujuk wanita itu telah menjadi punca kepada kesesakan jalan raya dipercayai berlaku di Kota Masai, Johor.

“Ah masaklah kau bang nak memujuk, sampai jem jalan,” tulis Fiedha di video berkenaan.

Fieda mendakwa pasangan berkenaan baru sahaja pulang dari jemputan kahwin berdasarkan daripada gaya pakaian yang dipakai oleh wanita itu.

Malah, dia juga turut mendoakan agar urusan pasangan tersebut dipermudahkan walaupun dia tidak mengetahui punca wanita itu berbuat sedemikian.

“Rasanya baru balik jemputan kahwin baju sepasang. Mungkin ada salah faham. Semoga baik-baik dan dipermudahkan urusan.” tulis Fieda menerusi ruang kapsyen.

Menerusi video kedua yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu, dia mendakwa wanita itu juga telah berjalan jauh dengan tidak memakai kasut.

“Jauh akak ni berjalan dengan tak berkasut, kes berat ni. Semoga dipermudahkan urusan,” tulisnya lagi.

Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet.

Rata-rata daripada mereka terhibur dengan gelagat pasangan berkenaan dan mendoakan agar lelaki itu berjaya memujuk pasangannya.

Malah, mereka turut mengharapkan agar pasangan berkenaan berbincang dengan baik berhubung punca pergaduhan mereka.

Namun, ada juga segelintir mengecam tindakan wanita itu yang dianggap tidak rasional dan terlalu mengikut perasaan.

Berikut antara komen warganet:

Pujuklah Bang Selagi Mana Mampu, Kerana Satu Senyuman Hilang Takkan Sama Dengan 10 Yang Datang

Masalahnya Yang Belakang Reda Je Bawa Slow

Aku Setakat Ni Merajuk Tengok Belah Kiri, Pandang Tingkap

Mujur Laki Tu Mau Pujuk, Kalau Laki Aku, Dah Kena Tinggal Kot

Jangan Buat Main Dengan Perempuan, Kalau Hati Sakit Sanggup Jalan Kaki Walau Jauh

Baca Artikel Berkaitan: Kecil Hati Dengan Suami, Wanita Jalan Kaki Dua Jam Sambil Dukung Anak Kecil Balik Rumah Emak

Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Penat Layan ‘Drama’ Merajuk Tepi Jalan, Lelaki Nekad Angkut Pasangannya Naik Atas Motor [Video]

Recent Posts

  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

5 mins ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

10 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

44 mins ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

50 mins ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

2 hours ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

4 hours ago