Seorang wanita di Amerika Syarikat memilih untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya selepas mengetahui kekasihnya itu tidak menggunakan tisu tandas ketika membuang air besar atau kecil.
Memetik DailyMail, kisah wanita yang dikenali sebagai Alexandra Maria Clara daripada Tampa, Florida itu mula tular di media sosial selepas dia berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya (@withlovefromalex).
Menerusi video tersebut, Alexandra berkata kejadian itu berlaku beberapa tahun yang lalu semasa dia berada di rumah bekas kekasihnya selepas menyedari bilik air lelaki tersebut sudah kehabisan tisu tandas.
Menurutnya, dia memberitahu teman lelakinya tentang perkara tersebut, namun selepas seminggu berlalu lelaki terbabit masih tidak mempunyai tisu tandas menyebabkan Alexandra mula berasa kesal.
“Beberapa tahun lalu, saya ‘dating’ dengan seorang lelaki dan pergi ke rumahnya. Semasa menggunakan bilik airnya saya menyedari tiada tisu tandas jadi saya memberitahunya dan mengingatkan untuk membelinya nanti.
“Seminggu kemudian, saya berada di rumahnya lagi dan masih tiada tisu tandas. Jadi saya berkata ‘Eh saya rasa awak terlupa beli tisu tandas’ dan dia cakap ‘Oh ya, maaf saya rasa saya terlupa’,” katanya.
Menurutnya lagi, pada hari tersebut, dia dan lelaki terbabit telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli snek sebelum mereka berdua menonton filem bersama.
Semasa di pasar raya, Alexandra mengingatkan bekas kekasihnya itu untuk membeli tisu tandas namun lelaki tersebut menyatakan dia tidak menggunakan tisu tandas menyebabkan wanita itu terkejut.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila lelaki tersebut enggan membeli tisu tandas untuk kegunaan Alexandra, sebaliknya menyarankan wanita itu agar menggunakan tisu basah sama seperti dirinya.
Akhirnya, Alexandra yang juga seorang model itu akur dan membuat keputusan membeli sendiri tisu tandas untuk kegunaanya di rumah lelaki terbabit.
Dia turut menyimpan tisu tandas itu di dalam kenderaannya dan hanya membawa keluar setiap kali ini ingin digunakan di rumah lelaki tersebut sebelum menyimpannya semula dalam kereta.
Bagaimanapun, Alexandra akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan bersama lelaki tersebut kerana tidak dapat melupakan perbezaan pendapat mereka mengenai tisu tandas itu.
Baca Artikel Berkaitan:
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…