fbpx
Now Reading
Terkejut Teman Lelaki Tak Guna Tisu Tandas, Wanita AS Pilih Untuk Putuskan Hubungan [Video]

Terkejut Teman Lelaki Tak Guna Tisu Tandas, Wanita AS Pilih Untuk Putuskan Hubungan [Video]

Menurut Alexandra, lelaki terbabit menyatakan dia hanya menggunakan tisu basah selepas membuang air besar atau kecil selain menyarankan wanita itu turut berbuat perkara sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Amerika Syarikat memilih untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya selepas mengetahui kekasihnya itu tidak menggunakan tisu tandas ketika membuang air besar atau kecil.

Memetik DailyMail, kisah wanita yang dikenali sebagai Alexandra Maria Clara daripada Tampa, Florida itu mula tular di media sosial selepas dia berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya (@withlovefromalex).

Kejadian berlaku semasa wanita itu berada di rumah bekas teman lelakinya

Menerusi video tersebut, Alexandra berkata kejadian itu berlaku beberapa tahun yang lalu semasa dia berada di rumah bekas kekasihnya selepas menyedari bilik air lelaki tersebut sudah kehabisan tisu tandas.

Menurutnya, dia memberitahu teman lelakinya tentang perkara tersebut, namun selepas seminggu berlalu lelaki terbabit masih tidak mempunyai tisu tandas menyebabkan Alexandra mula berasa kesal.

“Beberapa tahun lalu, saya ‘dating’ dengan seorang lelaki dan pergi ke rumahnya. Semasa menggunakan bilik airnya saya menyedari tiada tisu tandas jadi saya memberitahunya dan mengingatkan untuk membelinya nanti.

“Seminggu kemudian, saya berada di rumahnya lagi dan masih tiada tisu tandas. Jadi saya berkata ‘Eh saya rasa awak terlupa beli tisu tandas’ dan dia cakap ‘Oh ya, maaf saya rasa saya terlupa’,” katanya.

Menurutnya lagi, pada hari tersebut, dia dan lelaki terbabit telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli snek sebelum mereka berdua menonton filem bersama.

Semasa di pasar raya, Alexandra mengingatkan bekas kekasihnya itu untuk membeli tisu tandas namun lelaki tersebut menyatakan dia tidak menggunakan tisu tandas menyebabkan wanita itu terkejut.

Ex-bf taknak beli tisu tandas sebab tak guna

Lebih mengeruhkan keadaan apabila lelaki tersebut enggan membeli tisu tandas untuk kegunaan Alexandra, sebaliknya menyarankan wanita itu agar menggunakan tisu basah sama seperti dirinya.

Akhirnya, Alexandra yang juga seorang model itu akur dan membuat keputusan membeli sendiri tisu tandas untuk kegunaanya di rumah lelaki terbabit.

Wanita simpan tisu tandas dalam kereta, hanya bawa keluar bila guna

Dia turut menyimpan tisu tandas itu di dalam kenderaannya dan hanya membawa keluar setiap kali ini ingin digunakan di rumah lelaki tersebut sebelum menyimpannya semula dalam kereta.

Bagaimanapun, Alexandra akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan bersama lelaki tersebut kerana tidak dapat melupakan perbezaan pendapat mereka mengenai tisu tandas itu.

@withlovefromalex

#stitch with @Jess Jacobsen TOLIET PAPER CHRONICLES

♬ original sound – withlovefromalex

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.