Buah-buahan merupakan salah satu makanan yang baik dan kaya dengan pelbagai vitamin yang bagus untuk badan.
Malah setiap buah-buahan mempunyai rasa serta bau yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai bau yang wangi dan ada juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan kepada segelintir pihak contohnya buah durian, cempedak, nangka dan sebagainya.
Buah durian juga boleh meninggalkan bau yang sangat kuat sehingga boleh dihidu daripada beberapa jarak.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan segelintir individu kurang senang dengannya sehingga ia juga menjadi buah yang dilarang untuk dibawa di beberapa lokasi seperti hotel, kapal terbang dan sebagainya.
Baru-baru ini, seorang lelaki dan wanita di Singapura telah membawa durian menaiki bas sehingga membuatkan pemandu pengangkutan awam terbabit bangun dari tempat duduknya untuk meminta mereka meninggalkan kenderaan itu.
Video yang berdurasi selama 38 saat itu turut dikongsikan dalam Instagram @sgfollowsall, memaparkan pemandu bas sedang bercakap dengan lelaki dan wanita yang duduk berdekatan dengan pintu kenderaan itu.
Memetik laporan Mothership, walau bagaimanapun tidak dapat diketahui bagaimana pemandu bas tersebut mengetahui mereka membawa buah durian.
Sebaik diminta keluar lelaki itu kemudian berdiri dari tempat duduknya dan ingin turun daripada bas tersebut.
Bukan hanya itu, kedengaran wanita itu ketika menuju ke arah pintu cuba memberhentikan lelaki berkenaan sambil mengatakan jangan turun dalam bahasa Mandarin.
“Jangan turun, jangan turun, jangan turun,” katanya sebelum melemparkan buah berkenaan keluar.
Sebaik melemparkan buah tersebut keluar, mereka kemudian kembali kepada tempat duduk seperti tiada apa yang berlaku.
Tindakan wanita itu bagaimanapun telah dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan dan ia kemudian telah dikongsikan di media sosial.
Lazimnya terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan ketika menaiki kenderaan awam seperti bas dan juga kereta api.
Antara perkara yang tidak dibenarkan adalah makan dan minum, merokok, membawa bahan mudah terbakar termasuklah durian.
Meskipun pada tanda larangan membawa durian tidak meletakkan jumlah denda namun ia tidak bermaksud anda tidak akan dihukum.
Menurut Peraturan Sistem Transit Rapid, individu yang membawa larangan di dalam MRT atau tidak mematuhi papan tanda boleh didenda sehingga SG$500 (RM1,763.32).
Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada peraturan sama turut digunapakai kepada kenderaan awam, tetapi SBS Transit menyatakan pada laman sesawangnya.
“Untuk keselesaan penumpang lain, sila jangan bawa barangan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain seperti durian dan haiwan peliharaan.
Malah Menteri Pengangkutan Singapura pada 2021 juga telah mengulas berhubung ‘aroma yang terlalu kuat’ seperti durian mungkin boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir penumpang.
Tambahnya lagi, bau kurang menyenangkan itu juga akan berada di persekitaran dalam kenderaan awam tersebut memandangkan ia menggunakan penghawa dingin.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…