Umum pasti mengetahui sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk bekerja bagi menyara keluarga.
Malah pasti setiap ibu bapa ingin anak yang disayangi hidup dalam keselesaan dan mendapat pelajaran yang baik sehingga ada yang sanggup merantau ke negara orang untuk bekerja.
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Azura, apabila dia terpisah selama enam tahun dengan keluarga serta anak-anak kerana bekerja di Australia.
Menerusi video yang dikongsikan oleh adik Azura iaitu Adlina di TikTok, awalnya kelihatan Azura baring di atas sebuah kerusi cuba untuk menyembunyikan diri daripada dilihat oleh dua orang anak lelakinya yang ketika itu sedang masuk ke dalam rumah.
Dia kemudian bangun dari kerusi tersebut dan berdepan dengan dua anak kecil itu. Mereka dilihat gembira sebaik terpandang wanita yang dipanggil bonda itu namun dalam masa was-was kerana sudah lama tidak bersua muka dengan insan itu.
Ini kerana selama terpisah mereka hanya berhubung melalui panggilan video.
“Enam tahun terpisah, bonda merantau bekerja bukan sengaja meninggalkan anak. Bonda pergi bekerja.
“Anak-anak tak cam (ingat) wajah bonda. Selalu video call tapi anak masih tak pasti. Setiap kali raya dan hari jadi bonda mesti akan selalu kirimkan hadiah untuk anak-anak,” kata Adlina.
Dalam video turut kelihatan si ibu cuba menyakinkan anak-anak bahawa itu benar-benar bonda mereka.
Mereka turut melihat gambar ibunya untuk memastikan ia adalah orang yang sama sebelum berlari memeluk insan tersayang itu sambil menangis.
“Asmara ditinggalkan semasa berusia lima tahun, Arjuna pula ditinggalkan semasa berusia dua tahun.
“Bonda sangat kuat, dia melakukan segala yang perlu untuk memastikan kamu dapat hidup dengan baik.”
Adlina ketika ditemubual BuzzKini berkata selama ketiadaan Azura, anak-anaknya itu tinggal bersama neneknya di Batu Caves, Selangor.
Namun selepas ini kanak-kanak itu tidak perlu lagi menahan rindu kepada bonda tersayang kerana Azura telah kembali menetap di Malaysia.
Malah ujar Adlina, kakaknya itu ketika ini sibuk menguruskan anak-anak untuk dibawa berkhatan memandangkan mereka sedang bercuti panjang.
Dalam satu lagi hantaran, Adlina turut berkongsi momen ketika kakaknya itu membuat kejutan kepada ibu dan adik-beradik lain mengenai kepulangannya ke Malaysia.
Kata wanita itu lagi, kakaknya telah pulang ke tanah air pada 15 Disember lalu.
Mengintai di ruangan komen, momen anak beranak itu telah membuatkan ramai tersentuh,
Ada juga yang berpesan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu untuk menghargai insan berkenaan.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…