Pengantin Perempuan Selamba ‘Goreng’ Gitar lagu Canon Rock Ketika Majlis Kahwin Buat Ramai Tergamam [Video]

Setiap individu pastinya ingin mengabdikan kenangan bersama yang tersayang terutama jika melibatkan momen penting seperti majlis perkahwinan.

Ini kerana majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang hanya dilaksanakan sekali seumur hidup bagi seseorang.

Maka tidak hairanlah jika ada pasangan akan menampilkan sesuatu yang berbeza semasa majlis persandingan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare” – Aksi Kucing Bawa Cincin Dalam Majlis Perkahwinan Curi Perhatian Netizen [Video]

Pengantin perempuan main gitar elektrik semasa majlis perkahwinan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pengantin wanita bermain gitar elektrik semasa majlis perkahwinannya di hadapan para tetamu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cheachcheih, kelihatan pengantin perempuan yang lengkap memakai gaun berwarna putih itu begitu lincah memetik gitar.

Selamba pengantin goreng lagu ‘Canon Rock’

Apa yang menariknya, pengantin terbabit ‘menggoreng’ gitar lagu Canon Rock daripada Jerry C yang tidak mudah untuk dimainkan.

Dalam video sama, para tetamu yang hadir juga dilihat terpukau dan tidak ketinggalan merakam aksi pengantin wanita berkenaan.

Suami kepada wanita terbabit juga kelihatan berjalan dan berdiri di sebelah isterinya semasa persembahan itu dilakukan.

Wanita tersebut berjaya memainkan muzik gitar Canon Rock dengan jayanya sehingga ke akhir lagu dan mendapat sorakkan daripada tetamu.

@cheahcheih

Performance by my cousin at her own wedding 🔥🔥@Nureen Qistina

♬ original sound – Syerah – Syerah

Pengantin perempuan sebenarnya gitaris kumpulan Xpose Band

Difahamkan, pengantin wanita yang dikenali sebagai Nureen Qistina itu sememangnya handal bermain gitar dan merupakan gitaris bagi kumpulan Xpose Band.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tergamam dengan kelincahan pengantin terbabit bermain gitar.

Malah mereka turut memberi pujian kerana berjaya membawa muzik terbabit secara langsung yang dianggap bukanlah sesuatu yang mudah.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

12 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

12 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

14 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

15 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

17 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

17 hours ago