fbpx
Now Reading
“Ini Rare” – Aksi Kucing Bawa Cincin Dalam Majlis Perkahwinan Curi Perhatian Netizen [Video]

“Ini Rare” – Aksi Kucing Bawa Cincin Dalam Majlis Perkahwinan Curi Perhatian Netizen [Video]

Berbeza dari kebanyakan kucing yang lain, Lily kelihatan duduk diam di kereta itu yang mempunyai cincin perkahwinan sambil dikawal menggunakan remote control ke pentas utama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pastinya mahu mengabdikan kenangan bersama yang tersayang terutama jika melibatkan momen penting seperti majlis perkahwinan.

Ini kerana majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang hanya dilaksanakan sekali seumur hidup bagi seseorang.

Selain daripada memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan kelihatan sempurna, pastinya kita tidak ketinggalan meraikannya bersama-sama dengan yang tersayang walaupun ia hanya seekor haiwan.

Kucing Bawa Cincin Untuk Tuan Di Majlis Perkahwinan

Begitulah yang terjadi dalam satu majlis perkahwinan sepasang pengantin yang diacarakan oleh pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fedtri di akaun TikTok rasminya, kelihatan haiwan comel yang berwarna putih itu dibawa masuk menggunakan kereta mainan yang dikawal dari jauh.

Apa menarik perhatian adalah tingkah laku kucing yang diberi nama Lily itu menyebabkan banyak mata tertumpu kepadanya terutama jemputan majlis dan warganet yang melihat video berkenaan.

Berbeza dari kebanyakan kucing yang lain, Lily kelihatan duduk diam di kereta itu yang mempunyai cincin perkahwinan sambil dikawal oleh seseorang ke pentas utama.

“Sesuatu yang unik di resepsi perkahwinan Dr Ayuni dan Dr Rahul. Kucing kesayangan mencuri tumpuan,” tulis Fedtri di ruangan kapsyen.

@fedtriyahya

Sesuatu yang unik di resepsi perkahwinan Dr Ayuni & Dr Rahul… Kucing kesayangan mencuri tumpuan 😀 #lily #cat #ringbearer

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Ahmad Fedtri Yahya

Fedtri yang juga penulis lirik menerusi akaun Twitternya juga menganggap ia merupakan satu suasana yang baharu buat dirinya sepanjang menjadi pengacara di majlis perkahwinan.

“Wow, sesuatu yang baru untuk saya,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap haiwan comel berkenaan yang kelihatan baik dan duduk diam berbanding kucing yang lain.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan perangai kucing peliharaan masing-masing yang tidak mungkin akan melakukan perkara yang sama seperti Lily.

Nasib Baik Lily Tak Lari

Nasib Bagi Job Dekat Lily, Kalau Oyen, Rosak Majlis

Ini Kalau Kucing Aku, Tak Sempat Sampai Depan Dia Dah Berak Dalam Kereta Tu

Kalau Kucing Aku Terbalik Dah Kereta Tu

Comelnya

Baca Artikel Berkaitan: Oyen Santai Duduk Atas Serban Atok Ketika Ekspo Kucing Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Jadi Tarikan Gedung Perkakas Rumah Di Amerika Syarikat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.