fbpx
Now Reading
Oyen Santai Duduk Atas Serban Atok Ketika Ekspo Kucing Undang Perhatian Ramai [Video]

Oyen Santai Duduk Atas Serban Atok Ketika Ekspo Kucing Undang Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Oyen duduk diam di atas serban tuannya meskipun dibawa berjalan di tempat awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pameran haiwan peliharaan seperti kucing sentiasa dinanti-nanti oleh para peminatnya.

Malah inilah waktu yang sesuai untuk membawa haiwan peliharaan untuk bersiar-siar melihat dunia luar selain peluang mendapatkan pelbagai diskaun seperti makanan, pasir, mainan dan banyak lagi.

Atok dan Oyen jadi perhatian ketika berkunjung di expo kucing, Mid Valley

Perkara ini samalah, seperti salah seorang pemilik si bulus ini apabila gelagat dia dan kucing peliharaannya menjadi perhatian ketika berkunjung ke Oh My Meow Expo di Mid Valley Megamall pada baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @7lkrnn628 di TikTok, awalnya kelihatan seorang pakcik bersama seekor kucingnya yang berwarna oren telah hadir ke expo berkenaan namun apa yang mencuri tumpuan ramai apabila si comel itu kelihatan duduk santai di atas serban tuannya.

Malah pakcik itu turut dilihat tidak membawa sebarang sangkar mahupun ‘carrier beg’ bersamanya dan kucing itu pula lansung tidak gelabah untuk turun daripada serban berkenaan.

Bahkan ia dilihat hanya memperbetulkan kedudukan apabila kakinya jatuh ke bahu pakcik tersebut.

Perkongsian video itu membuatkan netizen mengelarkan pakcik dan si comel itu sebagai ‘Atok dan Oyen’ dan kisah mereka turut menjadi sohor di media sosial.

Kelihatan hubungan atok dan Oyen sangat rapat

Kearaban kedua-dua mereka menunjukkan dua makhluk ciptaan Allah SWT ini mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Bukan hanya itu, kelihatan orang ramai yang berkunjung di expo berkenaan turut teruja ketika melihat gelagat atok dan oyen sepanjang mereka berada di sana,

Oyen dalam masa sama tidak kelihatan takut ketika dia dibelai oleh orang ramai yang lalu lalang berdekatannya.

Ramai cakap Oyen macam dalam cerita kartun Ratatouille

Walau bagaimanapun, identiti atok dan Oyen terus menjadi tanda tanya apabila ramai yang mencari siapakah gerangannya selain tidak mahu ketinggalan untuk menjadi pengikut di media sosial dan dapat melihat lebih banyak gelagat mereka.

Semua persoalan itu akhirnya terjawab apabila individu yang dikenali sebagai Arep telah memuat naik satu video memaparkan atok dan oyen sedang berjalan di tempat awam.

@repp010

duk melilau mata duk gerak2 atas serban #oyenbarbar

♬ Funny – Gold-Tiger

Ketika ditanya oleh netizen adakah atok tersebut adalah bapanya, Arep kemudian mengakui itu adalah bapanya.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang berasa gembira apabila mereka akhirnya berjaya menjumpai akaun tersebut selain turut menyatakan gelagat atok dan Oyen sangat comel.

“Dia sorang jelah yang ada atok”

“Atok paling popular dekat Malaysia sekarang ni”

“Abang tu sampai garu kepala tengok perangai Oyen”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.