fbpx
Now Reading
‘No Pet Allowed’ – Selamba Bawa Anjing Dalam Premis, Cara Sopan Staf Tangani Pelanggan Jadi Perhatian [Video]

‘No Pet Allowed’ – Selamba Bawa Anjing Dalam Premis, Cara Sopan Staf Tangani Pelanggan Jadi Perhatian [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan staf berkenaan cuba untuk menjelaskan kepada wanita terbabit mengapa anjing peliharaannya itu tidak dibenarkan masuk ke dalam premis peranti elektronik berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Haiwan perliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya sememangnya comel dan sering menjadi tumpuan ramai.

Namun dalam kecomelan mereka sebagai pemilik kita tidak dibenarkan untuk membawa haiwan perliharaan di tempat awam tertentu contohnya pusat membeli belah.

Ini kerana, sesetengah tempat awam tidak bersesuaian untuk membawa haiwan perliharaan kerana bimbang ia boleh menganggu pengunjung lain.

Wanita selamba bawa anjing masuk premis

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang individu wanita yang membawa anjing peliharaannya ke sebuah premis peranti elektronik di pusat membeli belah Subang Jaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zatyzarina, difahamkan kejadian berlaku pada 13 April pada jam 6.10 petang. Menurutnya awalnya, wanita berusia sekitar 30-an itu telah datang ke premis berkenaan sambil membawa aningnya untuk membeli kabel.

Sebaik melihat tindakan itu, pekerja premis itu kemudian memaklumkan haiwan peliharaan tidak dibenar masuk ke dalam kedai. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan wanita berkenaan tidak berpuas hati lalu bertanya sejak bila tetapan itu berkuat kuasa.

“Staf memberitahu dia boleh membeli tetapi haru membawa keluar anjing tersebut sebab semua pekerja muslim dan undang-undang (premis) tidak boleh membawa haiwan peliharaan,” tulisnya di ruang kapsyen.

Malah pengunjung yang berada di kedai terbabit turut meminta wanita berkenaan memahami apa yang dimaklumkan staf.

Staf jelaskan haiwan peliharaan tak dibenarkan masuk ke dalam premis

Dalam video juga kelihatan pekerja kedai cuba untuk menjelaskan kepada wanita berkenaan bahawa haiwan peliharaannya itu tidak dibenarkan masuk ke dalam premis terbabit meskipun masih dipersoal oleh pengunjung tersebut.

Zety turut memaklumkan wanita itu memarahinya sebaik menyedari dirinya telah dirakam sebelum mereka bertindak memanggil pihak keselamatan pusat membeli belah terbabit untuk tindakan lanjut.

Jelas Zety dalam hantaran yang sama, pengunjung wanita berkenaan dipercayai bukan warga tempatan.

@zetyzarina

Date 13/4/2024 Time 1810pm Place : Machines Main Place Kejadian berlaku apabila kami hendak membayar dikaunter. Datang seorang wanita dlm lingkungan 30an membawa anjing didalam permis untuk membeli kabel. Staff machine dengan baik mmeberitahu NO PETS ALLOWED didalam kedai. Wanita tersebut tidak puas hati since when katanya. Staff memberitahu dia boleh membeli tapi harus membawa keluar anjing tersebut sebab semua staff muslim dan mmg undang2 tidak boleh membawa Pets. Ketika didalam kedai terdapat family berbangsa India yang Ingin membeli phone, lalu dia pun mengatakan please understand apa yg staff machine katakan. My husband pun ckp make it easy bawak je anjing keluar lepas tu masuk dan beli. Ternampak kelibat i ambil video terus dia menuju ke arah i dan marah kenapa ambil video dia. Saya kata if u nak i delete better keluar dr kedai. Akhirnya kami terpaksa memanggil pihak security. Hairan dengan pengurusan pihak mall Yg penting bukan Chinese Malaysia. @mainplacemallusj @machinesmy @adunsubangjaya @michelle.ngmeisze @mpsj

♬ original sound – Zetyzarina – Zetyzarina

Tindakan pekerja kedai kendali situasi tegang raih perhatian ramai

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan ramai meskipun disoal dengan pelbagai soalan berhubung isu haiwan tidak dibenarkan masuk ke dalam premis namun pekerja kedai berkenaan tetap kelihatan sopan dan cuba menjelaskan dengan sebaiknya kepada wanita terbabit.

Bukan hanya itu, turut dilihat gerak badannya yang sentiasa meletakkan tangan di dada sebagai tanda maaf dan bercakap dengan nada yang lembut kepada pelanggan itu.

Malah tindakan pekerja itu turut menjadi perhatian ramai netizen yang memandang tinggi sikap professionalnya dalam menangani situasi tegang tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan pengunjung wanita berkenaan kerana tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh premis terbabit.

“Abang ni patut diberikan ‘standing ovation’. Pengendalian yang bagus”

“Kalau dah bagi amaran tapi tak dengar, lapor saja polis. Kasi tangkap dia”

“Respect abang tu tangan tetap didada tanda sopan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.