fbpx
Now Reading
Tular Butik Terkenal Terbakar, JBPM Buat Siasatan Kerana Ingkar Arahan Masuk Premis

Tular Butik Terkenal Terbakar, JBPM Buat Siasatan Kerana Ingkar Arahan Masuk Premis

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Nor Hisham siasatan menyeluruh itu dibuat untuk mengetahui bagaimana pemilik butik terbabit boleh masuk ke premis terbabit ketika insiden berlaku meskipun dia sudah dihalang oleh pegawai bomba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan sebuah butik pakaian terkenal tempatan terbakar pada Sabtu (23 Mac) yang lalu.

Dalam video tersebut kelihatan beberapa anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran di butik terbabit.

Malah dalam video yang tular itu turut kelihatan beberapa individu dipercayai pekerja dan pemilik butik terbabit berada di dalam premis berkenaan dan cuba untuk memadam kebakaran itu.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai, kerana umum mengetahui apabila berada di premis kebakaran semua individu akan diarah keluar sementara operasi menyelamat dijalankan.

Baca artikel berkaitan: “Sempat Buat Video Sinematik” – Kebakaran Butik Elrah Di Bangi Undang Perhatian Ramai

JBPM siasat isu individu ingkar arahan masuh premis ketika kebakaran

Terbaharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan ke atas pemilik butik terkenal yang dipercayai sudah ingkar arahan pihaknya daripada memasuki premis yang terbakar itu.

Jelas Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad siasatan secara menyeluruh dilakukan untuk mengetahui bagaimana pemilik butik tersebut boleh masuk ke dalam premis berkenaan meskipun telah dilarang oleh pihak pegawai bomba.

“Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran, kita dapat lihat orang awam (pemilik dan pekerja) telah masuk ke dalam premis berkenaan.

“Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melangggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu,” ujarnya, lapor Bernama.

Arahan larangan masuk dikeluarkan kerana bimbang keselamatan dan nyawa individu di premis terbabit

Menurutnya arahan larangan itu dikeluarkan oleh pengawainya kerana bimbang akan keselamatan pemilik serta pekerja butik tersebut. Bukan hanya itu, pihaknya juga perlu memastikan nyawa individu yang berada di premis berkenaan termasuk orang awam dan anggota bomba bertugas berada dalam keadaan selamat.

“Terdapat juga kandungan berhubung kejadian, kalau nak buat kandungan sekalipun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa. Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.