fbpx
Now Reading
“Sempat Buat Video Sinematik” – Kebakaran Butik Elrah Di Bangi Undang Perhatian Ramai

“Sempat Buat Video Sinematik” – Kebakaran Butik Elrah Di Bangi Undang Perhatian Ramai

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor berkata, idapati kebakaran melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga menentang kebakaran di tingkat tiga premis tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video butik jenama pakaian terkenal, Elrah di Bangi, Selangor yang terbakar pada Sabtu lalu (23 Mac).

Pemiliknya, El Azman yang memuat naik video saat kebakaran itu di akaun TikTok miliknya bagaimanapun berkata, dia reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini.

“Allah datangkan ujian untuk kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar. Allah hilangkan sesuatu supaya kita reda, percayalah ada hikmah disebaliknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video terbabit, dapat dilihat anggota bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sedang bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran yang dipercayai berlaku di salah satu tingkat bangunan terbabit.

@elazman

ALLAH DATANGKAN UJIAN UNTUK KITA KUAT, ALLAH TANGGUHKAN SESUATU SUPAYA KITA SABAR.ALLAH HILANGKAN SESUATU SUPAYA KITA REDHA.PERCAYALAH ADA HIK MAN DISEBALIKNYA. Alhamdulillah dugaan itu rezeki butik ELRAH EXCLUSIVE Bangi

♬ original sound – El Azman – El Azman

Netizen hairan, syarikat Elrah bukan kali pertama alami kebakaran

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial seakan hairan bagaimana kebakaran itu boleh berlaku dan apakah puncanya.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir netizen yang mendakwa terdapat sesuatu yang tidak kena memandangkan ini bukanlah kali pertama jenama pakaian itu mengalami kebakaran.

Pada 11 Januari 2023 lalu, gudang Elrah yang terletak di Jalan Kepong, Batu 6 1/2 juga pernah mengalami musibah yang sama.

Netizen persoal sempat buat video sinematik ketika kebakaran

Video kejadian yang turut dikongsikan di laman X juga mengundang pelbagai reaksi ramai. Malah ada juga yang mempersoal bagaimana mereka masih tenang dengan kejadian itu sehingga sempat membuat video sinematik di saat pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Malah, apa yang lebih mencuri tumpuan apabila video tersebut dilihat dirakam dari pelbagai sudut.

Bagaimanapun, itu hanya lah dakwaan segelintir netizen, kita sepatutnya mendoakan agar El Azman terus tabah menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini.

Kebakaran libatkan longgokan kotak

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga di tingkat tiga premis tersebut.

“Pemadaman api dibuat menggunakan air tangki pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan semalam (24 Mac) dipetik Kosmo.

Menurutnya lagi, terdapat dua orang pekerja lelaki telah mengalami sesak nafas susulan kebakaran itu dan mereka terus dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.