fbpx
Now Reading
Lebih 7 Jam Bomba Bawa Turun Warga Emas Yang Maut Ketika Cari Madu Atas Pokok Tualang

Lebih 7 Jam Bomba Bawa Turun Warga Emas Yang Maut Ketika Cari Madu Atas Pokok Tualang

Menurut Pengarah JBPM Kelantan, operasi membawa turun mayat warga emas terbabit turut melibatkan 23 anggota PDRM, APM, KKM dan 25 orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas yang juga pencari madu ditemui maut atas pokok tualang setinggi kira-kira 60 meter di dalam hutan Kampung Cabang Tongkat, Batu 8, semalam (3 Julai).

Mangsa yang dikenali sebagai Che Hussin Hassan, 62, dipercayai tersangkut dan tidak sedarkan diri ketika berada di atas pokok berkenaan untuk mendapatkan madu dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu.

17 anggota BBP Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 1.09 petang mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba didapati mangsa tersangkut di atas pokok berketinggian 60 meter. Kami menggunakan kaedah ‘Hightline Rescue’ dan sistem takal untuk membawa turun lelaki berkenaan.

“Lebih tujuh jam masa diambil untuk menurunkan mangsa, dan sebaik dibawa turun mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 8.14 malam termasuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Operasi turut melibatkan PDRM, APM, KKM dan orang awam

Menurutnya lagi, operasi terbabit turut melibatkan 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta 25 orang awam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superientendan Zaizul Rizal Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.