fbpx
Now Reading
Sharifah Sakinah Mohon Maaf Isu Dukung Anjing Sambil Menari

Sharifah Sakinah Mohon Maaf Isu Dukung Anjing Sambil Menari

Sharifah Sakinah bagaimanapun menjelaskan dia masih menjaga batas ketika mendukung anjing tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (30 Januari) kecoh di media sosial apabila pelakon, Sharifah Sakinah memuat naik video di Instagram Story memaparkan dia sedang mendukung seekor anak anjing.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan pelakon berkenaan telah mendukung anak anjing berwarna hitam putih sambil menari-nari gembira bersamanya.

Video tersebut mencetuskan tanda tanya orang ramai yang menyifatkan dia tidak sensitif dengan statusnya sebagai seorang umat Islam.

Baca artikel berkaitan: Aksi Sharifah Sakinah Menari Sambil Dukung Anjing Undang Perhatian [Video]

Sharifah Sakinah mohon maaf isu dukung anak anjing

Sedar perkara itu menjadi tular dan perhatian orang ramai, dia yang mesra dipanggil Sakinah kemudiannya tampil memohon maaf kepada orang ramai jika ada yang tersinggung dengan tindakan tersebut.

Aktres wanita itu bagaimanapun menerima setiap teguran serta kritika yang dilemparkan kepadanya selain turut memaklumkan dia masih menjaga batas ketika mendukung anjing tersebut.

“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

“Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Harap orang ramai tidak memanjangkan isu tersebut, terima segala teguran

Malah Sakinah turut berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan mahupun disensasikan oleh pihak lain. Pelakon berusia 35 tahun itu, juga enggan mengulas panjang berhubung video tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.

“Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.