fbpx
Now Reading
Kecewa Dengan Anak, Wanita Wasiatkan Harta RM13.3 Juta Kepada Kucing & Anjing Peliharaan

Kecewa Dengan Anak, Wanita Wasiatkan Harta RM13.3 Juta Kepada Kucing & Anjing Peliharaan

Menurut Liu, dia menyerahkan harta pusaka dan wang tersebut selepas anak-anak tidak menziarahi atau menghubunginya semasa sedang sakit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya ingin diri mereka diberikan perhatian oleh anak-anak yang sudah dibesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Namun perhatian yang diminta itu bukanlah perlu dibelai cukuplah sekadar menjaga mereka di saat sakit dan sebagainya.

Wanita tinggalkan RM13.3 juta harta kepada anjing dan kucingnya lepas anak tak peduli mengenai dirinya

Baru-baru ini, seorang wanita di China telah membuat keputusan untuk meninggalkan sebanyak 20 juta yuan (RM13.3 juta) harta kepada kucing dan anjingnya.

Tindakan wanita daripada Shanghai itu telah menyebabkan semua anaknya tidak memiliki walau sedikit pun dari hartanya.

Difahamkan wanita yang dikenali sebagai Liu itu, sebelum ini telah memberikan tiga anaknya wang dan juga harta pusaka miliknya.

Namun wanita itu telah bertukar fikiran apabila anak-anak langsung tidak menziarahi mahupun menjaganya semasa dia sedang sakit.

Foto: sekadar hiasan (Pexels)

Anak-anak jarang hubungi atau melawat ketika sakit

Malah menurut Liu mereka juga jarang menghubunginya dan hanya ditemani oleh kucing dan anjing peliharaan, lapor South China Morning Post dipetik Zonglan News.

Dia kemudian menukarkan wasiatnya untuk memberikan kesemua wang tersebut untuk digunakan bagi menjaga kebajikan haiwan peliharaannya apabila sudah meninggal dunia nanti.

Sebuah klinik veterinar telah dipertanggungjawabkan bagi mentadbir harta tersebut untuk haiwan peliharaanya itu.

Akan tetapi, menurut pegawai dari ibu pejabat Pusat Pusat Pendaftaran Wasiat China di Beijing, Chen Kai tindakan menyerahkan semua harta kepada haiwan peliharaan adalah tidak sah di negara berkenaan.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Terdapat cara untuk melaksanakan kehendak Liu di mana kami menasihatinya untuk melantik seorang individu yang dipercayainya bagi menyelia klinik haiwan berkenaan agar haiwan peliharaan itu dijaga dengan baik,” ujar Chen.

Pegawai pusat pendaftaran wasiat maklumkan wanita terbabit boleh mengubah wasiat tersebut jika anak sudah berubah

Foto: sekadar hiasan (Pexels)

Seorang lagi pegawai dari Pusat Pendaftaran Wasiat China dari cawangan Timur China menjelaskan dia telah memaklumkan kepada Liu mengenai risiko yang akan berlaku sekiranya meletakkan wang di klinik tersebut sebelum dia membuat wasiat akhirnya itu.

“Kami beritahu kepada makcik Liu jika anak-anaknya berubah maka dia boleh mengubah wasiat tersebut pada bila-bila masa sahaja,” jelasnya.

Kisah mengenai wanita itu telah menjadi perhatian dan diskusi kepada orang ramai.

“Betapa kecewa dan luluh hati wanita berkenaan sehingga dia mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan sebarang harta kepada anak-anaknya,” ujar seorang pengguna media sosial.

“Bagus, jika anak perempuan saya melayani saya dengan teruk di masa hadapan. Saya juga akan berikan rumah saya kepada orang lain,” kata seorang lagi pengguna lain.

Pada Disember tahun lalu, seorang lelaki telah meninggalkan hartanya yang berjumlah 3.3 juta yuan (RM2.2 juta) kepada pemilik gerai buah-buahan yang baik hati dan mahkamah Shanghai memutuskan ia adalah sah selepas ada pihak yang mencabarnya.

Baca artikel berkaitan: Pewaris Hermès Mahu Beri Separuh Harta Bernilai RM61 Bilion Kepada Bekas Tukang Kebun

Baca artikel berkaitan: Macam Kucing Biasa,Tapi Choupette Mewarisi Harta Bernilai RM815 Juta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.