fbpx

Pewaris Hermès Mahu Beri Separuh Harta Bernilai RM61 Bilion Kepada Bekas Tukang Kebun

Tukang kebun yang berusia 51 tahun itu sudah bekerja di rumah Nicolas Puech, waris Hermès selama berdekad lamanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang waris keturunan empayar jenama mewah, Hermès iaitu Nicolas Puech mencuri tumpuan ramai apabila dia dilaporkan mahu mewariskan separuh hartanya yang bernilai €12 billion (RM61.3 Bilion) kepada bekas tukang kebunnya.

Isu ini turut menyebabkan berlaku pertikaian di antara Puech dengan sebuah yayasan yang diasasnya selepas terdapat ura-ura dia akan menghentikan pembiayaan kepada yayasan berkenaan.

Puech yang juga waris generasi kelima pengasas Hermès, Thierry Hermes, juga dilaporkan telah memulakan proses perundangan untuk mengambil tukang kebun tersebut sebagai anak angkatnya semua itu bagi membolehkan individu yang identitinya dirahsiakan mewaris separuh hartanya, lapor The Guardian memetik media Switzerland.

Ingin batal perjanjian pewarisan kepada badan amal yang ditubuhkannya

Puech yang kini berusia 80 tahun dan tidak mempunyai anak itu ingin membatalkan perjanjian pewarisan yang dipersetujui sebelum ini dengan badan amal yang ditubuhkannya pada 2011 itu.

Badan amal yang dikenali sebagai Yayasan Isocrates itu mempunyai enam ahli lembaga termasuk Puech sebagai presiden telah membuat pengumuman semalam (19 Disember) menerusi satu kenyataan bahawa mereka menentang keputusan Puech untuk membatalkan perjanjian terbabit.

Namun menurut yayasan itu, mereka tidak mampu mempersoalkan proses atau konteks mengenai laporan yang Puech berhasrat untuk mengambil bekas pekerjanya sebagai anak angkat.

“Dari segi undang-undang, pembatalan perjanjian dan melibatkan sebelah pihak sahaja tidak sah serta tidak berasas,” kata Yayasan itu dalam satu kenyataan.

Yayasan Isocrates buka ruang untuk berbincang dengan Puech

Pun begitu, mereka bersedia dan membuka ruang untuk mengadakan perbincang dengan pengasas dan presidennya itu.

Sementara itu, menurut Harian Metro yang memetik Business Insider, tukang kebun yang berusia 51 tahun itu sudah bekerja untuk Puech selama berdekad lamanya.

Lelaki berasal dari Maghribi itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pasangan itu secara amnya telah menjadi satu-satunya ‘keluarga’ Puech dan beliau menganggap mereka sebagai anak-anaknya.

Puech pernah beri RM7.5 juta kepada tukang kebun itu pada 2015

Sebelum ini pada 2015, Puech memberi keluarga lelaki terbabit lebih daripada AS$1.6 juta (RM7.5 juta) untuk membeli sebuah vila di Marrakech, Maghribi.

Sekadar info, Hermès pada 2022 lalu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak AS$3.7 bilion iaitu dalam anggaran bernilai RM17.3 bilion.

Selain itu, beliau juga merupakan antara pemegang saham individu tertinggi Hermès, meskipun saham dimilikinya hanyalah 5.7%, lapor Fortune.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.