fbpx
Now Reading
Hermès Beri Bonus Lebih RM20,000 Kepada Semua Pekerjanya Di Seluruh Dunia

Hermès Beri Bonus Lebih RM20,000 Kepada Semua Pekerjanya Di Seluruh Dunia

Hermès melaporkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak $4.63 bilion pada suku akhir tahun 2023, kira-kira 28% lebih banyak daripada keuntungan pada 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama mewah terkemuka, Hermès akan memberikan ganjaran bonus $4,3000 (kira-kira RM21,000) kepada semua 22,000 pekerjanya di seluruh dunia dalam tahun ini, menurut pengumuman syarikat dalam laporan kewangan pada Jumaat lalu (9 Februari).

Memetik Yahoo News, bonus itu adalah sebahagian daripada komitmen Hermes sebagai majikan yang bertanggungjawab dan dasar kongsi keuntungan dengan semua yang menyumbang kepada pertumbuhannya setiap hari.

Hermes catat keuntungan bersih $4.63 bilion pada suku akhir 2023

Hermès melaporkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak $4.63 bilion pada suku akhir tahun 2023, kira-kira 28% lebih banyak daripada keuntungan pada 2022.

Syarikat yang berpusat di Paris itu melihat penjualan yang sangat kuat di kawasan Asia-Pasifik, terutamanya di Jepun sehingga 31 Disember 2023.

Jualan meningkat sebanyak 14.5% di Jepun, manakala keseluruhan rantau meningkat sebanyak 12.9%. Jualan kolektif di lokasi-lokasi ini berjumlah $8.07 bilion, menjadikannya pasaran terbesar Hermès.

Sementara itu, di Amerika Syarikat (AS) pula, Hermès melaporkan peningkatan jualan sebanyak 17.1% ($2.69 bilion) dan peningkatan sebanyak 19.8% di Eropah ($3.23 bilion).

Hermes kekal tunjuk prestasi yang cemerlang

Pengurus Eksekutif Hermes, Axel Dumas berkata, syarikat itu sekali lagi telah memupuk keunikannya dan menunjukan prestasi yang cemerlang di semua kawasan.

“Keputusan yang kukuh ini mencerminkan keinginan yang kuat terhadap koleksi kami dan komitmen serta bakat pasukan kami,” katanya.

Hermès cadang naikkan harga produk

Menurutnya, syarikat itu juga bercadang ingin meningkatkan harga produk mereka antara 8% dan 9% untuk tahun ini selepas peningkatan serupa sebanyak 7% pada tahun lalu.

Difahamkan, langkah itu diambil Hermès selepas mengambil kira kos pengeluaran produk yang lebih tinggi.

Terdahulu, waris keturunan Hermes iaitu Nicolas Puech dilaporkan mahu mewariskan separuh hartanya yang bernilai €12 billion (RM61.3 Bilion) kepada bekas tukang kebunnya.

Puech dilaporkan telah memulakan proses perundangan untuk mengambil tukang kebun tersebut sebagai anak angkatnya. Semua itu bagi membolehkan individu yang identitinya dirahsiakan mewaris separuh hartanya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.