fbpx

Gempa Bumi Di Jepun: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Perkara tersebut disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang membuat pemantauan rapi berhubung perkembangan kejadian gempa bumi yang berlaku di beberapa wilayah di Jepun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja memasuki hari pertama tahun 2024 semalam (1 Januari), dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda negara Jepun.

Gempa bumi dengan skala richter 7.6 magnitud telah melanda kawasan tengah dan barat negara itu kira-kira jam 4.06 petang waktu tempatan.

Ekoran daripada ini, Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami besar bagi wilayah Noto serta amaran tsunami rendah bagi kawasan di wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di Laut Jepun.

Kementerian Luar Negeri Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri semalam (1 Januari) mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat bencana alam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang membuat pemantauan rapi berhubung perkembangan kejadian gempa bumi tersebut.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden gempa bumi ini.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Malah, perkembangan terkini berhubung insiden tersebut juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pada masa yang sama, Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihatkan agar rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo berdasarkan butiran seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia Di Tokyo

Alamat: 20-16, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, 150-0036 Tokyo

Nombor Telefon: +81-3-3476-3840, +8180-3913-3840 (kecemasan)

Emel: mwtokyo@kln.gov.my, consular@tyo@kln.gov.my

Untuk info, sebanyak enam orang terkorban akibat beberapa siri gempa bumi kuat yang melanda negara itu sejak 1 Januari yang lalu. Mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan rumah di kawasan Wajima, Wilayah Ishikawa.

Gempa bumi yang melanda negara itu turut menyebabkan kemusnahan pada bangunan dan dianggarkan 36,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Malah, amaran tsunami telah dikeluarkan dan pihak berkuasa tempatan telah menggesa orang ramai agar berpindah keluar daripada kawasan tersebut.

Siaran Akhbar: Kemaskini Kejadian Gempa Bumi di Wilayah Ishikawa, Jepun, 1 Januari 2024

Posted by Wisma Putra on Monday, 1 January 2024
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.