fbpx
Now Reading
Pemandu Teksi Di Jepun Ditahan Kerana Sengaja Langgar & Bunuh Burung Merpati

Pemandu Teksi Di Jepun Ditahan Kerana Sengaja Langgar & Bunuh Burung Merpati

Atsushi Ozawa, 50, ditahan pihak polis atas kesalahan melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar, kata jurucakap polis Tokyo.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara sengaja melanggar sekumpulan burung merpati, seorang pemandu teksi di Tokyo, Jepun ditangkap polis dan mungkin akan berdepan hukuman.

Memetik The Japan Times, polis tempatan pada semalam (5 Disember) memaklumkan pemandu terbabit mungkin bertindak demikian kerana marah melihat burung-burung itu berada di atas jalan raya.

Ditahan polis kerana langgar undang-undang perlindungan hidupan liar

Dia yang dikenali sebagai Atsushi Ozawa, 50, ditahan pihak polis atas kesalahan melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar, kata jurucakap polis Tokyo.

Ozawa didakwa menggunakan keretanya sendiri untuk melanggar sekawan burung merpati itu pada bandar terbabit pada bulan lalu sehingga menyebabkan salah seekor daripada burung itu mati.

Pecut 60km/h rempuh burung merpati selepas lampu isyarat hijau

Semasa kejadian, Ozawa memecut dari lampu isyarat selepas ia bertukar hijau sebelum teksinya menerpa ke arah sekumpulan burung merpati pada kelajuan 60 kilometer sejam (Km/h), lapor media tempatan.

Bunyi enjin dari kereta Ozawa dikatakan mengejutkan orang awam yang lalu di kawasan terbabit sekaligus menyebabkan mereka melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian itu.

Punca kematian burung kerana kejutan trauma

Susulan itu, polis Tokyo mengarahkan seorang doktor veterinar untuk membuat bedah siasat terhadap burung merpati yang mati itu dan mendapati punca kematiannya sebagai kejutan trauma.

“Jalan raya milik manusia, jadi burung merpati sepatutnya mengelak,” kata Ozawa kepada penyiasat menurut media tempatan.

Dalam pada itu, pihak polis menyifatkan tindakan Ozawa itu sebagai ‘sangat jahat’ bagi seorang pemandu profesional menyebabkan dia ditangkap, kata saluran penyiaran Fuji TV.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.