Tindakan Wanita Beli Ayam Goreng Bagi Anjing Makan Raih Pujian Ramai [Video]
Menerusi ruangan komen, ada individu yang mendakwa pernah terlihat dengan haiwan berkenaan dan memuji sikap anjing itu yang baik dan mendengar kata.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang manusia, kita disarankan untuk berbuat baik sesama makhluk ciptaan Allah seperti haiwan di muka bumi ini. Ini kerana mereka juga mempunyai perasaan sama seperti manusia.
Sebagai seorang muslim, kita harus ingat, setiap kebaikan yang dibuat tidak kiralah kepada insan lain atau haiwan, perbuatan itu pasti ada ganjarannya.
Beli Ayam Goreng Semata-Mata Untuk Beri Anjing Makan
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @_eizalaila, dia berkongsikan momen di mana dia membeli seketul ayam goreng semata-mata mahu memberi makan kepada seekor anjing di kedai makan.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya itu, difahamkan anjing tersebut datang kepada Eiza dengan muka yang sedih.
Malah, wanita berkenaan dilihat memuji haiwan tersebut kerana sifatnya yang mendengar arahan. Ketika wanita berkenaan memberi ayam goreng tersebut, haiwan itu dilihat mengambil makanan itu dan menikmatinya jauh daripada orang ramai.
“Anjing ni baik, dia datang dengan muka sayu je. Bila suruh duduk, dia duduk, elok menunggu ayam yang baru order (pesan),” tulis wanita berkenaan di video tersebut.
Menerusi balasan komen dari segelintir warganet, ada individu yang mendakwa pernah terlihat haiwan berkenaan dan memuji sikap anjing itu yang baik dan mendengar kata.
Video Dapat Pujian Warganet
Video yang mendapat lebih 230 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Kebanyakan warganet memuji tindakan wanita berkenaan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepadanya atas kebaikan yang dibuat terhadap haiwan tersebut.
Malah, ada juga yang mendoakan agar wanita berkenaan dimurahkan rezeki disebabkan kebaikan yang dilakukan olehnya terhadap makhluk Allah itu.
Berikut antara komen warganet:
“Kadang-Kadang, Buat Baik Dengan Binatang Lagi Seronok”
“Pandai Dia, Angkat Makanan Tu, Makan Dekat Tempat Lain”
“Semoga Allah Murahkan Rezeki Awak & Keluarga Selalu”
“Semoga Dimurahkan Rezeki Sis! Kadang-Kadang Binatang Lagi Bersyukur Daripada Manusia”
“Bersyukur Ada Orang Macam Ni Atas Dunia”
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Gali Tanah Untuk Tanam Kucing, Raih Pujian Ramai -“Bagus Adik-Adik Ini” [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Pengalaman Hiking Bersama 5 Ekor Anjing Raih Perhatian Netizen [Video]