fbpx
Now Reading
Aksi Sharifah Sakinah Menari Sambil Dukung Anjing Undang Perhatian [Video]

Aksi Sharifah Sakinah Menari Sambil Dukung Anjing Undang Perhatian [Video]

Menurut Maktabah al Bakri, anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah dan ia tidak boleh disentuh tanpa keperluan yang diizinkan syarak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran video mendukung anjing.

Menerusi video yang telah dimuat naik di Instagram Story, kelihatan pelakon yang mesra dipanggil Sakinah itu sedang menari-nari sambil mendukung seekor anak anjing berwarna putih hitam.

Sharifah Sakinah kelihatan gembira dukung anak anjing

Anjing yang digendong pelakon berkenaan turut kelihatan tenang ketika berada dalam pelukan Sakinah.

Malah pelakon itu juga dilihat gembira apabila turut ‘mumbling’ dengan rentak lagu yang dimainkan.

Memetik laporan Kosmo, difahamkan rakaman memaparkan Sakinah mendukung anak anjing itu diambil sewaktu dia sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Aksi menarinya itu kemudiannya menjadi sohor apabila turut dikongsikan di platform media sosial lain dan menjadi perhatian netizen.

Ada yang tertanya-tanya apakah motif Sakinah memuat naik video berkenaan dan ada juga yang ingin tahu apakah hukumnya memegang anjing dengan sengaja. Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan menyifatkan pelakon itu sedang memegang kucing baka ‘rare’.

Bukan hanya itu, ada juga mengatakan pelakon tersebut kurang sensitif.

Pegang anjing dengan sengaja boleh membawa kepada dosa

Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan memegang atau menyentuh anjing tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak boleh membawa kepada dosa.

“Jika menyentuhnya (anjing) membawa kepada dosa dan sewajibnya menyamak tangan selepas sesi pengambaran dengan tujuh kali basuhan air mutlak dan satu satu daripadanya air yang bercampur tanah.

“Namun begitu, terdapat rukhsah bagi mereka yang membela atau memegang anjing yang didahulukan hajat dan keperluan selari dengan kehendak syarak,” ujarnya.

Namun anjing boleh dibela dengan hajat dan tujuan tertentu seperti dijadikan sebagai haiwan pemburu, pemandu jalan untuk orang buta atau tujuan keselamatan di sekitar rumah atau untuk menjaga haiwan ternakan.

Malah di dalam Maktabah al Bakri turut menjelaskan anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah dan orang Islam tidak boleh memegangnya sekiranya tiada sebarang keperluan.

@miraqalesya2606

oyen kucing sakinah yg jarang di temui baka kucing ni#fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ suara asli – DEKIL – DEKIL
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.