fbpx
Now Reading
Kucing Jadi Tarikan Gedung Perkakas Rumah Di Amerika Syarikat [Video]

Kucing Jadi Tarikan Gedung Perkakas Rumah Di Amerika Syarikat [Video]

Si Bulus yang bernama Leo itu menjadi tarikan pelanggan baik jauh dan dekat semata-mata untuk melihatnya ketika berkunjung ke gudang tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang menceburi bidang perniagaan, pelbagai cara dan kaedah yang kreatif digunakan bagi mempromosi perniagaan yang dilakukan.

Ada yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan melalui platform media sosial, ada juga yang kreatif dengan hanya menggunakan sumber sedia ada seperti pekerja atau penggunaan maskot bagi memasarkan produk perniagaan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah gedung menjual perkakas rumah, Home Depot di New Jersey, Amerika Syarikat.

Kucing ‘Leo’ Jadi Tarikan Pelanggan

Tanpa perlu melibatkan kos yang besar, gudang perkakas rumah itu semakin dikenali gara-gara disebabkan oleh seekor kucing.

Kucing jantan yang bernama Leo itu menjadi tarikan pelanggan baik jauh dan dekat semata-mata untuk melihatnya ketika berkunjung ke gudang tersebut.

Malah, keletah dan personalitinya yang manja menyebabkan Leo sering menjadi perhatian hingga menarik pelanggan untuk datang ke premis itu.

Leo mula menjadi perhatian ramai apabila seorang pelanggan yang dikenali sebagai Jeffrey Simpkins memuat naik video pertemuan kali pertamanya dengan haiwan comel itu di akaun TikTok miliknya, @cat_dad_2020.

“Video pertama yang saya muat naik menerima tontonan mencecah 4.5 juta dalam masa sehari,” kata Simpkins.

Simpkins menemui Leo buat pertama kalinya di gudang tersebut pada dua bulan yang lalu dan dia mengambil keputusan untuk merekodkan aksi haiwan tersebut setiap kali berkunjung ke premis itu.

Premis Pelihara Kucing Untuk Tangkap Tikus Liar

Menurut Simpkins, kucing itu dipelihara oleh gudang tersebut kira-kira setahun yang lalu bagi menyelesaikan masalah tikus.

Malah, dia turut dijaga dengan rapi oleh seorang pekerja Home Depot, Donna yang akan membawa Leo ke rumah ketika bercuti serta ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan.

Baca Artikel Berkaitan: Oyen Santai Duduk Atas Serban Atok Ketika Ekspo Kucing Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Cemas, Kucing Kesayangan Terperangkap Atas Pokok Kelapa [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.