Gadis Cemas, Kucing Kesayangan Terperangkap Atas Pokok Kelapa [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan haiwan comel yang diberi gelaran Putih itu dilihat sedang mengiau seakan-akan meminta tolong.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan kebanyakan individu sebagai binatang peliharaan.
Ini kerana aksinya yang manja dan mencuit hati sering menyebabkan pencinta haiwan menjadikan kucing sebagai penghibur dan peneman di rumah mereka.
Ada juga segelintir yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat kucing mereka kerana telah dianggap sebagai ahli keluarga.
Oleh sebab itu, sekiranya haiwan comel ini sakit atau telah tiada, pastinya akan memberi kesan sedih yang mendalam kepada pemiliknya.
Cemas Lihat Kucing Kesayangan Terperangkap Atas Pokok Kelapa
Itulah yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok @shazatulakmall apabila kucing kesayangannya tidak boleh turun setelah memanjat pokok kelapa.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan haiwan comel yang diberi gelaran Putih itu dilihat sedang mengiau seakan-akan meminta tolong. Keadaan bertambah buruk apabila kelihatan cuaca sedang hujan.
“Tragedi 31 Ogos. Sedih dengan hujannya, tak reti nak tolong macam mana,” tulis gadis berkenaan menerusi video itu.
Malah, kedengaran gadis itu cemas dan menangis serta menyebut nama kucing kesayangannya, Putih kerana tidak mampu untuk menghulurkan bantuan.
Terpaksa Telefon Bomba Untuk Turunkan Kucing
Namun, tidak sampai hati melihat kucingnya itu, gadis berkenaan bertindak menelefon Bomba bagi mendapatkan bantuan.
Menerusi video yang mendapat hampir 100 ribu tontonan itu, kelihatan pihak Bomba berjaya menyelamatkan kucing berkenaan menggunakan tali dan menyambutnya di bawah pokok kelapa tersebut.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur apabila melihat haiwan comel itu berjaya diselamatkan. Ada di antara mereka yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba atas bantuan yang diberikan dalam menyelamatkan kucing milik gadis itu.
Malah, ada segelintir netizen yang turut berkongsi kaedah yang boleh digunakan untuk mengelak haiwan berkenaan daripada memanjat pokok sekali lagi.
Panjat Pokok Kerana Dikejar Oleh Anak Saudara
Dalam video berasingan, Shazatul berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan oleh warganet tentang bagaimana si bulus itu boleh memanjat pokok kelapa tersebut.
Menurutnya, kucing itu dikatakan ketakutan kerana dikejar oleh anak saudaranya hingga menyebabkan dia memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
Allahuakbar, Tingginya Awak Duduk Tu, Mujur Semua Selamat
Bibik Mana Yang Tak Risau Kalau Majikan Dalam Kesusahan, Nasib Ada Abang Bomba
Allah, Kita Yang Tengok Dari Jauh Ni Pun Berderau
Dekat Pokok Tinggi Ni, Akak Kena Balut Batang Pokok Dengan Zink
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Meraung 2 Kucing Kesayangan Mati Dibelit Ular, Buat Ramai Sedih [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kucing ‘Depress’ Lepas Kawannya Dijual, Wanita Ini Anggap Jual Haiwan Sebagai Satu Penyeksaan