Wanita Meraung 2 Kucing Kesayangan Mati Dibelit Ular, Buat Ramai Sedih [Video]
Eayazainuddin turut berharap agar adiknya dapat berjumpa dengan dua ekor kucing kesayangannya di syurga nanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain ahli keluarga dan rakan, kehilangan haiwan peliharaan seperti kucing juga turut boleh membuatkan seseorang berasa tak keruan dan sedih apabila mengenangkannya.
Ini kerana, si comel ini bukan hanya sekadar peneman di rumah bahkan ia sudah dianggap sama seperti ahli keluarga sendiri.
Malah kasih sayang yang dicurahkan kepada si bulus bagai ‘menatang minyak yang penuh.’
Tular wanita sedih kucing mati dibelit ular
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita yang meraung di hadapan sangkar kucingnya hingga mengundang perhatian.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Eayazainuddin di TikTok, kelihatan adik perempuannya sedang meraung kerana terlalu sedih apabila dua ekor kucing kesayangannya mati kerana dibelit ular.
Dia kemudian cuba ditenangkan oleh si ibu yang memahami keadaannya yang terpaksa berpisah dengan si comel itu dalam keadaan yang tragis.
Berharapa agar jumpa kucing kesayangan di syurga nanti
Malah menerusi video turut kelihatan seekor kucing berwarna putih terbaring di dalam sangkar tersebut.
Eayazainuddin bagaimanapun, berharap agar adiknya itu nanti dapat berjumpa semula dengan dua ekor kucing kesayangannya di syurga.
“Berlarilah selajunya di langit, semoga Haehae jumpa KakCha dekat sana nanti.
“Dua ekor kucing KakCha mati. Seekor kena belit dan seekor lagi dalam perut ular.
“Lagi sakit anak Haehae tengok dia kena belit,” katanya di ruangan kapsyen.
Menurut Eayazainuddin haiwan itu telah dikurung di dalam sangkar kerana baru sahaja divaksinkan sebelum adik lelakinya menemui ular di dalam tempat kurungan itu.
Jelasnya, perkara itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada adik perempuannya kerana bimbang ia akan menganggu kerjanya.
“Dalam video tu adik perempuan dan mak saya. Adik saya baru balik kerja.
“Memang tak beritahu dia, takut dia emosi dekat tempat kerja. Dia sampai di rumah baru beritahu,” ujarnya kepada BuzzKini sambil memaklumkan si adik bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ramai rasa sedih dan kongsi pengalaman sama
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sedih atas kematian kucing tersayang milik Eayazainuddin.
Malah ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka yang pernah merasai situasi sama seperti wanita tersebut.