fbpx
Now Reading
Lelaki Jadi Hero Selamatkan Kucing Hampir Mati Dibelit Ular Sawa [Video]

Lelaki Jadi Hero Selamatkan Kucing Hampir Mati Dibelit Ular Sawa [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan kucing berwarna putih itu segera melarikan dirinya sebaik terlepas daripada belitan ular terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui ular sawa merupakan reptilia karnivor yang sentiasa mencari mangsa untuk dijadikan sebagai santapan.

Malah itu adalah lumrah haiwan terbabit secara semula jadi. Oleh itu, banyak kes seperti haiwan peliharaan atau ternakan yang menjadi mangsa kepada haiwan reptilia sehingga kadang kala membuatkan pemiliknya bersedih.

Kejadian seperti ini sememangnya sukar dijangka dan boleh berlaku bila-bila sahaja.

Kucing hampir menjadi hidangan ular sawa selepas dibelit

Perkara sama turut berlaku kepada seekor kucing apabila nyawanya bagaikan di hujung tanduk selepas dibelit oleh seekor ular sawa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @caun_s1k di TikTok, awalnya kelihatan ular berkenaan telah membelit hampir keseluruhan badan kucing berwarna putih itu.

Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang cuba menyelamatkan si comel itu apabila bertindak memukul ular terbabit menggunakan satu alat dipercayai kayu agar haiwan reptilia itu melepaskan kucing berkenaan dari belitannya.

Berjaya loloskan diri selepas dibantu seorang lelaki

Ular itu kemudian secara pelahan-lahan melepaskan si comel itu. Sebaik berjaya meloloskan diri dari haiwan reptilia itu, kucing berkenaan segera berlari menjauhi ular terbabit.

“Kesian si putih hampir menjadi mangsa ular.

“Terima kasih kepada abang sado kerana telah menjadi penyelamat,” tulis kenyataan dalam video.

Ular cuba selamatkan diri namun berjaya ditangkap oleh beberapa individu

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa lagi individu telah menarik ular berkenaan keluar dari sebuah premis apabila ia dilihat cuba untuk lari menyelamatkan diri dari ditangkap.

Mengintai di ruangan komen, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dikalangan orang ramai apabila ada yang bersimpati terhadap ular berkenaan yang telah terlepas santapannya dan ada juga yang bersimpati kepada nasib si comel.

Tidak kurang juga apabila ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan situasi kucing peliharaan dibelit ular.

“Kalau saya di situasi macam ni lupa kesian dengan ular.. lebih kesian dengan kucing itu”

“Kesian ular tu mana tahu ular tu ketua keluarga, dia nak cari makan untuk anak bini dia”

“Syukurlah selamat lagi kucing tu. Kucing saya pun pernah kena belit. Tengah malam bila ingat Eby belum masuk rumah keluarlah panggil sekali tengok kena belit dah”

“Allahuakbar macam mana kucing tu sekarang? Tulah yang saya risau kucing-kucing dekat luar.. Semoga Allah jaga kucing-kucing saya.. Amin”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.