Animal Malaysia Tawar Ganjaran RM5,000 Cari Suspek Rendam 15 Ekor Anak Kucing Hingga Mati
Menurut pengadu, kejadian membabitkan 15 ekor anak kucing mati itu disedarinya pada 29 November sebelum membuat aduan kepada Animal Malaysia pada jam 8 malam pada hari yang sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kucing merupakan binatang yang sering dipilih untuk menjadi haiwan peliharaan oleh orang ramai.
Sikap kucing yang manja membuatkan haiwan ini mudah didekati oleh orang ramai.
Malah sebagai seorang manusia kita sentiasa diajar untuk menyayangi binatang dan jangan sesekali menganiaya mereka.
Namun meskipun sudah berulang kali dinasihatkan tetap sahaja masih ada individu yang tidak bertanggungjawab mendera dan menaniaya haiwan sehingga ada menyebabkan berlaku kecederaan dan kematian.
15 ekor anak kucing dipercaya kena rendam hingga mati
Perkara ini sama seperti kejadian yang berlaku pada 15 ekor anak kucing yang dipercayai telah direndam
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, pihaknya kini meminta orang ramai untuk mengesan individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan berkenaan.
Menurutnya kejadian itu berlaku pada 29 November dan disedari oleh pengadu yang juga penduduk di kawasan berkenaan.
Pengadu kemudiannya bertindak melaporkan perkara itu kepada persatuan berkenaan sekitar jam 8.00 malam.
Wang ganjaran sebanyak RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya kesan si pelaku
Susulan itu, pihak berkenaan lalu menawarkan wang ganjaran kepada individu yang berjaya menemui siapakah pelakunya.
“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungai kezaliman pembunuhan dasyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang,” katanya.
Identiti saksi turut dirahsiakan
Malah persatuan itu turut meminta saksi atau sesiapa yang mengenai maklumat berhubung perkara itu untuk menghubungi pihak Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) di talian 010 539 4749.
“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya.”
Perkongsian persatuan itu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Malah ada yang berharap agar si pelaku dapat diberkas dengan segera.
Untuk makluman, tindakan menganiaya haiwan merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang malah mereka yang didapati bersalah juga boleh dipenjara dan denda.