Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu
Terdapat beberapa cara mencegah daripada bayi terkena bakteria Clostridium Botulinum antaranya adalah jangan berikan sebarang makanan yang berunsurkan madu kepada si comel berusia bawah satu tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa pastinya berasa teruja dengan kehadiran bayi yang telah lama dinanti-nantikan.
Malah pelbagai perkara yang mula dirancang untuk dilakukan bersama bayi seperti pemakanan, aktiviti, pakaian dan banyak lagi.
Namun dalam keseronokan membuat perancangan itu, sebagai ibu bapa anda juga perlu mengetahui beberapa larangan atau perkara yang tidak boleh dilakukan kepada bayi anda demi keselamatan dan kesihatan mereka.
Bayi tiga bulan lumpuh kerana diberikan madu
Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan yang berkongsi mengenai kisah seorang bayi yang menjadi lumpuh gara-gara diberi makan madu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Qarafi Tee di TikTok menceritakan terdapat seorang bayi berusia tiga bulan yang masih disusukan oleh ibunya bertukar menjadi seorang yang tidak aktif.
Malah katanya bayi itu juga tidak mahu menyusu sehingga ibu bapanya terpaksa membawa si kecil tersebut ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Alami Hypotonia sehingga dimasukkan ke ICU
Doktor kemudian mengesahkan bayi tersebut mengalami Hypotonia (otot lemah) dan dia kemudian dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, keadaan si comel itu menjadi semakin teruk meskipun pelbagai ubat dan ujian dilakukan doktor masih tidak dapat menemukan punca kepada masalah bayi berkenaan.
Malah bayi itu turut mengalami jangakitan kuman di paru-paru serta kesukaran bernafas dan akhirnya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)
Bakteria Clostridium Botulinum boleh mengeluarkan toksik dan menyebabkan otot kanak-kanak lemah
Suatu hari doktor mengutuskan untuk mengambil sampel najis bayi tersebut dan menjumpai bakteria Clostridium Botulinum yang membuatkan keadaan bayi menjadi teruk.
Bukan hanya itu ia juga mengeluarkan toksik dan boleh menyebabkan otot kanak-kanak itu menjadi paralisis sehingga tidak boleh bergerak dan menjadi lemah.
“Macam mana bayi tu boleh dapat bakteria itu, rupanya ibu bapa bayi berkenaan ada memberi sejenis makanan yang menyebabkan dia mendapat jangkitan kuman tersebut.
“Ianya adalah madu. Kajian dilakukan di United State (US) menunjukkan hampir kurang 10% madu yang dijual mengandungi klostridium botulinum,” katanya.
Usus bayi belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa
Ujarnya pengambilan madu kepada orang dewasa adalah berbeza dengan bayi kerana usus mereka belum berkembang sepenuhnya.
Oleh itu, bakteria tersebut boleh membesar sehingga membuatkan ia mengeluarkan toksin sehingga paralisis.
“Tetapi nasib baik bayi itu sudah diberikan rawatan dan kembali sihat.”
Dr Qarafi dalam masa sama turut mengingatkan ibu bapa di luar sana untuk tidak percaya secara bulat-bulat setiap petua yang diberikan dan buat kajian agar si kecil anda tidak menjadi mangsa.
Tanda-tanda bayi alami botulisme
Menurut Hello Doktor, antara simptom bayi mengalami botulisme boleh dilihat dalam masa lapan hingga 36 jam selepas pengambilan makanan berkenaan. Namun terdapat juga tanda-tanda yang lewat sehingga 14 hari.
Antara tanda-tandanya:
- Pergerakan lembik dan kelesuan
- Kurang selera makan (sukar atau penyusuan lemah)
- Kesukaran menelan dan bernafas
- Banyak air liur meleleh
- Tangisan lemah dan tona otot lemah
- Ekspresi wajah kaku
- Sembelit
Cara pencegahan yang disarankan oleh doktor
Sementara itu, Dr Samhan yang juga pengamal perubatan turut berkongsi cara mencengah daripada bakteria ini menyerang bayi anda.
- Hati-hati apabila makan di luar bersama bayi anda dan pastikan makanan yang diambil tidak mengandungi madu.
- Sekiranya bayi anda ada mengambil rawatan alternatif, pastikan ia tidak berunsurkan madu.
- Selain itu, anda juga perlu berhati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu. Ini kerana, bakteria tersebut tidak musnah meskipun ia telah diproses. Malah bakteria tersebut hanya boleh dimatikan menggunakan suhu yang sangat panas.
- Jangan berikan bayi bawah setahun makan madu.
✅ Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini TIDAK musnah walaupun sudah diproses.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) December 20, 2023
Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Nak makan madu BOLEH tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun.