Kata orang, datuk dan nenek lebih sayang cucu berbanding anak sendiri. Apa sahaja kehendak cucu, pasti akan cuba ditunaikan oleh mereka.
Malah, ada yang sanggup memilih untuk menjaga cucu walaupun hakikatnya pada waktu ini, golongan warga emas sepatutnya menggunakan masa untuk berehat.
Namun, tidak semua cucu bernasib baik diberi layanan istimewa oleh ahli keluarga mereka.
Ini kerana masih ada lagi segelintir yang bersikap pilih kasih dan suka membandingkan cucu hanya kerana pelbagai alasan antaranya taraf pekerjaan anak dan menantu mereka.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok @edletoys, satu gambar telah dimuat naik yang memaparkan layanan berbeza sesetengah individu yang digelar sebagai nenek terhadap cucunya.
Berdasarkan hantaran tersebut, ada nenek yang didakwa memberi layanan berbeza kepada cucu mereka.
Cucu yang berasal daripada keluarga berada diberi layanan istimewa manakala cucu yang ibu bapanya hanya bekerja biasa-biasa adalah sebaliknya.
Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka mengaku dalam zaman yang serba moden ini sememangnya masih wujud layanan dan sikap pilih kasih oleh ahli keluarga sendiri.
Malah, kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman sendiri apabila anak kesayangan dipulaukan oleh ibu bapa mereka sendiri hanya kerana pelbagai sebab yang tidak munasabah.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa syukur tidak berhadapan dengan situasi yang menyedihkan seperti dialami oleh warganet yang lain.
Berikut antara komen dan pengalaman netizen:
Baca Artikel Berkaitan:
Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.
Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.
Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…
Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…
Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…