fbpx
Now Reading
Anak Jadi Mangsa Pilih Kasih Datuk & Nenek? Netizen Kongsi Kisah Sendiri [Video]

Anak Jadi Mangsa Pilih Kasih Datuk & Nenek? Netizen Kongsi Kisah Sendiri [Video]

Menerusi hantaran itu, kebanyakan warganet berkongsi pengalaman apabila anak kesayangan mereka dipulaukan oleh datuk dan nenek sendiri hanya kerana pelbagai sebab yang tidak munasabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2023/11/21/hentikan-budaya-favoritism-atau-pilih-kasih-public-health-malaysia/

Kata orang, datuk dan nenek lebih sayang cucu berbanding anak sendiri. Apa sahaja kehendak cucu, pasti akan cuba ditunaikan oleh mereka.

Malah, ada yang sanggup memilih untuk menjaga cucu walaupun hakikatnya pada waktu ini, golongan warga emas sepatutnya menggunakan masa untuk berehat.

Namun, tidak semua cucu bernasib baik diberi layanan istimewa oleh ahli keluarga mereka.

Ini kerana masih ada lagi segelintir yang bersikap pilih kasih dan suka membandingkan cucu hanya kerana pelbagai alasan antaranya taraf pekerjaan anak dan menantu mereka.

Masih Ada Ahli Keluarga Yang Bersikap Pilih Kasih

Menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok @edletoys, satu gambar telah dimuat naik yang memaparkan layanan berbeza sesetengah individu yang digelar sebagai nenek terhadap cucunya.

Berdasarkan hantaran tersebut, ada nenek yang didakwa memberi layanan berbeza kepada cucu mereka.

Cucu yang berasal daripada keluarga berada diberi layanan istimewa manakala cucu yang ibu bapanya hanya bekerja biasa-biasa adalah sebaliknya.

Hantaran Jadi Perhatian, Ramai Kongsi Pengalaman Anak-Anak Jadi Mangsa Pilih Kasih

Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka mengaku dalam zaman yang serba moden ini sememangnya masih wujud layanan dan sikap pilih kasih oleh ahli keluarga sendiri.

Malah, kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman sendiri apabila anak kesayangan dipulaukan oleh ibu bapa mereka sendiri hanya kerana pelbagai sebab yang tidak munasabah.

Namun, ada juga yang meluahkan rasa syukur tidak berhadapan dengan situasi yang menyedihkan seperti dialami oleh warganet yang lain.

Berikut antara komen dan pengalaman netizen:

Anak-Anak Aku Makan Dalam Pinggan Polistrine (Polistirena), Cucu Kesayangan Pakai Pinggan Kaca

Cucu Yang Sekolah Hebat-Hebat Dianggap Cerdik, Yang Biasa Dicakapnya Lembab, Sampai Hati Cakap Anak Kita Lembab

Ayah Saya Pesawah, Kami Dah Rasa Dari Kecil Dipinggirkan Kalau Bersama Cucu Lain

Betul, Kalau Musim Buah Pelam Atau Durian, Opah Tutup Dengan Kain, Simpan Untuk Cucu Kesayangan

Pernah Rasa, Anak Pak Lang Datang Minum Air Dalam Peti Ais, Kami Minum Air Paip Sahaja

Allahuakbar, Tak Pernah Tengok Nenek Layan Cucu Macam Ni, Alhamdulillah Mak Ayah Kita Tak Buat Macam Tu Dekat Cucu

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.