Demi mengubati rindu di hati kepada anak dan cucu, pasangan suami isteri warga emas sanggup berjalan kaki sejauh 9 kilometer demi menemui insan-insan kesayangan mereka itu.
Pasangan itu ditemui oleh polis ketika mereka melewati Tol Cisumdawu di Jawa Barat dipercayai dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk meraikan Hari Raya bersama.
Pasangan warga emas ditemui sanggup jalan kaki untuk jumpa anak dan cucu
Memetik laporan Kompas, pihak polis Indonesia yang menemui kedua-dua warga emas itu kemudian memanggil pasangan terbabit dan bertanya ke manakah mereka ingin pergi.
Video mengenai pasangan itu turut dikongsikan di Instagram @polressumedang, mereka kemudian mengaku ingin berjumpa dengan ahli keluarga yang berada di Rancakalong.
Luah rasa rindu pada anak dan cucu
Menerusi video itu, pasangan berkenaan meluahkan rasa rindu terhadap cucunya dan sanggup berjalan kaki dari rumah mereka di Jatihurip, Sumedang Utara.
Difahamkan pasangan berkenaan berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk ke sana. Justeru pilihan yang tinggal hanyalah dengan berjalan kaki.
Pihak polis Sumedang kemudian meminta kedua-kedua warga emas untuk berehat sebelum mengiringi mereka ke perhentian pengangkutan awam.
Sudah selamat sampai berkumpul dengan keluarga tercinta
Difahamkan pasangan itu telah selamat sampai dan berkumpul bersama keluarga mereka.
Menurut keluarga pasangan berkenaan mereka telah melawat warga emas berkenaan sebelum kejadian berlaku.
Namun tidak tahu mengapa pasangan itu membuat keputusan untuk berjalan kaki demi melawat anak dan cucunya.