fbpx
Now Reading
“Hentikan Budaya Favoritism Atau Pilih Kasih” – Public Health Malaysia

“Hentikan Budaya Favoritism Atau Pilih Kasih” – Public Health Malaysia

Menurut Public Health Malaysia, pilih kasih lazimnya berlaku apabila seseorang yang mempunyai kedudukan memihak atau memberikan layanan berlebihan kepada individu atau kumpulan tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernahkah anda berada dalam situasi telah memberi sehabis baik namun tidak diiktiraf dan diberi layanan yang tidak elok?

Malah, ada segelintir individu yang kurang usahanya, namun diberi pujian dan ganjaran yang lebih berbanding orang lain oleh individu tertentu. Keadaan ini dipanggil sebagai pilih kasih atau ‘favouritism’.

Individu Disaran Hentikan Budaya Pilih Kasih Dalam Keluarga & Organisasi

Menurut Public Health Malaysia (PHM), favouritism lazimnya berlaku apabila seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi memihak atau memberikan layanan berlebihan kepada individu atau kumpulan tertentu.

Ia boleh berlaku di mana-mana baik dalam keluarga mahupun di tempat kerja atau organisasi.

Antara ciri-ciri individu yang mengamalkan sikap ini adalah:

  • Membesar-besarkan kelebihan individu
  • Tidak adil dalam memberi insentif dan markah
  • Tidak nampak potensi orang lain
  • Memberi kritikan negatif
  • Layanan berbeza (double standard)

Boleh Beri Kesan Kepada Kesihatan Mental Seseorang

Tambah PHM lagi, budaya ini diibaratkan umpama barah dan boleh memberikan kesan terhadap kesihatan mental seseorang.

Individu akan mula hilang motivasi dan rasa dipinggirkan. Mangsa juga berpotensi untuk hilang keyakinan diri dan mengalami masalah mental.

“Hentikan Favoritism, berikan kredit dan merit atas pencapaian sebenar individu,” jelas PHM menerusi hantaran tersebut.

Favouritism atau pilih kasih ada dimana mana. Dalam organisasi, dalam keluarga & dalam perkhidmatan. Ia berlaku…

Posted by Public Health Malaysia on Monday, 20 November 2023

Malah, menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, dalam sesebuah keluarga, ibu bapa tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anak.

Sifat ini merupakan perkara yang dibenci dalam agama kerana perbuatan itu boleh mengundang kebencian sesama keluarga terutama dalam kalangan adik beradik.

Perkongsian oleh PHM itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh pentadbir laman tersebut.

Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman yang sama menjadi mangsa pilih kasih.

Berikut antara komen warganet:

Pilih Kasih Buatkan Organisasi Sukar Untuk Berkembang

Pengalaman Mendewasakan Saya

Favouritism Takkan Bertahan Lama

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.