fbpx
Now Reading
Sunway Sanctuary Dedah Kepentingan Kognitif & Kesejahteraan Mental Selepas Bersara

Sunway Sanctuary Dedah Kepentingan Kognitif & Kesejahteraan Mental Selepas Bersara

Menurut Dr Ericson pengabaian kepada kesihatan kognitif boleh menyebabkan pelbagai masalah mental dan kesihatan seperti risiko demensia, kemurungan, kebimbangan dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti akan melalui fasa kanak-kanak, remaja, dewasa dan kemudiannya menjadi seorang warga emas.

Bermula dari bertatih, kemudian masuk ke alam persekolahan diikuti pengajian ke universiti sebelum ke alam pekerjaan, kesemua ini akan dilalui oleh setiap manusia sebelum akhirnya memegang status warga emas atau senior.

Apabila usia sudah lanjut, inilah masanya melalui fasa persaraan selepas penat bekerja puluhan tahun.

Malah ada yang menggunakan masa emas ini untuk berehat dan melakukan aktiviti yang digemari oleh mereka seperti melancong dan sebagainya.

Namun tidak kurang juga ada yang seperti ‘mati kutu’ apabila tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas sudah bersara dan hanya melakukan rutin harian yang sama setiap hari.

Sebenarnya terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka yang sudah bersara, malah di Malaysia sendiri landskap persaraan kini kian berkembang apabila banyak yang menawarkan pilihan dinamik kepada warga emas.

Kesihatan kognitif dan mental pesara adalah penting

Pada 16 November, Sunway Sanctuary telah menjemput BuzzKini untuk melawat salah sebuah pusat komuniti moden warga emas yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta baik untuk kesihatan kognitif dan mental pesara yang sedang meniti usia tua.

Menurut Sunway Sanctuary di dalam penyelidikan tahap transformasi kehidupan yang dilakukan mendapati kepentingan terhadap kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental perlu diberikan penekanan.

Ini kerana, statistik menunjukkan bahawa pesaraan kini sedang mengalami perubahan yang ketara di negara ini.

Bukan hanya itu, kediaman buat golongan warga emas juga telah muncul sebagai pelan persaraan moden yang menawarkan gaya hidup yang lebih menarik serta memuaskan.

Namun tahukah anda, mengapa kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental sangat penting dalam fasa persaraan seseorang individu?

Kognitif merupakan asas kepada kebebasan, kestabilan emosi dan penghargaan diri

Kata Penasihat Kesihatan dan Kesejahteraan Sunway Danctuary, Dr Ericson Chia kesihatan kognitif merupakan asas kepada kebebasan, kestabilan emosi serta penghargaan diri ketika di usia emas.

“Perkara ini dapat meningkatkan kualiti hidup kita, kestabilan emosi dan juga kebebasan kewangan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pesara yang terbabit dalam aktiviti sosial dengan kerap dapat menghindari atau melambatkan kemerosotan kognitif selain membantu meningkatkan sokongan emosi, ingatan dan kesihatan fizikal.

Aktiviti fizikal adalah antara elemen yang penting dalam mengekalkan kesihatan kognitif yang positif.

Perkara yang boleh berlaku jika kesihatan kognitif diabaikan ketika di usia emas

Dr Ericson berkata pengabaian kesihatan kognitif boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan dan mental. Antaranya adalah:

  • Risiko demensia
  • Kemurungan
  • Kebimbangan
  • Berpotensi menyebabkan berlakunya kesalahan ketika pengendalian ubat.
  • Tekanan emosi buat warga emas serta penjaga mereka.

“Kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dapat mengurangkan risiko mengalami demesia sehingga 30%. Ia meningkatkan neuroplasticity, ingatan, fungsi eksekutif dan aturan mood.

“Warga emas berumur 65 tahun ke atas perlu meletakkan sekurang-kurangan 150 minit setiap minggu untuk melakukan aktiviti intensiti yang sederhana atau 75 minit seminggu bagi aktiviti intensiti yang cergas.”

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk ransang mental

Antara perkara boleh dilakukan adalah meransang mental melalui beberapa aktiviti latihan otak seperti:

  • Permainan papan (board games)
  • Teka-teki
  • Melukis
  • Permainan kognitif yang dapat meningkatkan ingatan, perhatian serta pemikiran kritis dan aturan emosi.

Bukan hanya itu, interaksi sosial yang dipupuk melalui komuniti juga dapat membantu daya kognitif dan kualiti hidup.

Menurutnya, kesihatan kognitif dengan kesejahteraan mental dikaitan secara intrinsik. Warga emas yang mempunyai fungsi kongnitif yang baik lebih berdikari, menikmati kestabilan emosi yang lebih baik, serta mengekalkan kebebasan bagi tempoh yang lama selain dapat menghasilkan nilai diri yang lebih baik.

Sunway Sanctuary tawarkan pelbagai aktiviti kepada warga emas

Di Sunway Sanctuary, penduduk atau pengunjung memulakan hari mereka dengan sarapan pagi yang menarik, sedap serta sihat dan kemudian diikuti pula dengan senaman fizikal.

Apa yang lebih menarik, ia tidak berakhir di situ sebaliknya Sunway Sanctuary juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti kelas seni, permainan papan (board games), berenang, menonton wayang, dan juga berkaraoke.

Jika anda merupakan seorang warga emas atau mungkin anak-anak yang mahukan ibu bapa yang sudah bersara melakukan aktiviti menarik, ini adalah antara tempat yang dikunjungi.

Wow umpama hotel yang dilengkapi pusat komuniti untuk warga emas.

Gaya hidup lebih aktif ada kualiti hidup yang baik

Malah warga emas yang mengamalkan gaya hidup aktif serta sihat mempunyai kualiti hidup yang lebih baik buat diri dan individiu di sekeliling.

Pusat ini turut menyediakan komponen seperti interaksi sosial, keselamatan, aktiviti rekreasi, keperluan makanan, program kesihatan dan juga aktiviti harian untuk residen.

Selain itu, anda juga dapat meluangkan masa persaraan dengan melakukan aktiviti yang menarik.

Lebih menarik lagi akses kepada penjagaan kesihatan seperti hospital juga adalah sangat dekat. Jalan kaki je dah sampai kerana pusat ini terletak di sebelah Hospital Sunway.

Malah kediaman ini turut dibina bersesuai dengan setiap ciri-ciri yang menitik beratkan kepada keselamatan warga emas.

Kediaman untuk warga emas ini memberikan gaya hidup yang mudah dan menyeronokkan. Secara ringkasnya, mengekalkan kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental bagi golongan pesara adalah sangat penting.

Ini bertujuan untuk memberikan kehidupan yang lebih bertenang, bermakna dan memuaskan.

Selain itu, kediaman warga emas di Sunway Sanctuary ini menjadi asas kepada perjalanan persaraan gaya baharu yang menawarkan pendekatan komprehensif kepada kesejahteraan holistik.

Kami juga berkesempatan untuk melawat beberapa kemudahan yang dimiliki di Sunway Sanctuary untuk warga emas. Malah rasa seperti mahu menghabiskan masa di sini apabila sudah bersara kelak!

Mereka turut mempunyai kemudahan seperti sauna, gimnasium, perpustakaan, wayang dan banyak lagi.

Selain itu mereka juga mempunyai banyak pilihan ruang dan saiz bilik.

Untuk membuat sebarang tempahan, anda boleh melawati laman sesawang Sunway Sanctuary di sini atau hubungi 019 313 0061.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.