Bagi segelintir individu, ada yang membuat perkhidmatan sewa bilik atau rumah bagi menjana pendapatan sampingan menggunakan aset sedia ada.
Namun, tidak semua orang bernasib baik mendapat penyewa yang bertimbang rasa dan menjaga kediaman yang disewa seperti milik mereka.
Ini kerana masih ada segelintir penyewa yang tidak bertanggungjawab dengan tidak membuat bayaran sewa rumah serta bil utiliti antaranya seperti bil elektrik hingga menyusahkan orang lain.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang perunding hartanah mengenai sikap penyewa sebuah rumah yang bakal dilelong.
Menurut perunding yang dikenali sebagai Rubi Hasman, dia mendakwa pemilik sebenar rumah berkenaan telah menghilangkan diri dan hanya tinggal penyewa sahaja yang mendiami kediaman tersebut.
Apa yang mengejutkan adalah penyewa itu telah menetap lebih empat tahun secara percuma tanpa membayar sewa rumah serta bil elektrik hingga mempunyai tunggakan lebih RM21,000.
Tambah Rubi lagi, penyewa rumah tersebut tahu mengenai status rumah berkenaan yang bakal dilelong dan dia ada berjumpa dengan penyewa tersebut selepas rumah berjaya dilelongkan.
“Penyewa setuju untuk keluar dalam masa dua bulan lagi. Selepas dia keluar, dia tinggalkan kami bil elektrik dengan harga RM21k+.
“Sebenarnya kami dah tahu dah tentang tunggakan tu. Ye lah, sebelum bid mesti dah cek segala bil-bil kan,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu juga, Rubi memaklumkan bahawa dia bernasib baik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenepikan bil berkenaan yang membabitkan rumah lelong.
Walau bagaimanapun, kami mendapati hantaran asal mengenai perkara ini telahpun dipadam oleh Rubi.
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka hairan dan tertanya-tanya sebab rumah berkenaan tidak dipotong bekalan elektrik oleh TNB walaupun mempunyai tunggakan dengan jumlah yang banyak.
Ada juga segelintir yang mengecam sikap penyewa berkenaan yang tidak bertanggungjawab yang hanya tinggal dirumah berkenaan secara percuma dan membiarkan sahaja bil elektrik berkenaan.
Menerusi hantaran terbaharu, Rubi ada membuat penjelasan mengenai bil elektrik yang diketepikan oleh TNB.
Menurut wanita berkenaan, pengenepian bil itu hanya akan diberi kepada pembeli rumah lelong dan bukan kepada pemilik rumah atau pemilik berdaftar dengan TNB di mana pemilik asal masih lagi menanggung hutang berkenaan.
Malah, dia turut menjelaskan bahawa TNB tidak boleh menceroboh rumah individu sekiranya kediaman berkenaan dikunci oleh pemilik rumah.
Dia turut menasihatkan agar pemilik rumah untuk memantau bil elektrik rumah yang disewa supaya tidak berhadapan dengan masalah tunggakan seperti itu.
Untuk kes yang tunggakan elektrik tu, saya nak highlightkan beberapa perkara: 1. Untuk waive tu, maksudnya pembeli…
Posted by Rubi Hasman on Sunday, 7 January 2024
Isu sama turut dijelaskan oleh TNB menerusi satu ciapan balas selepas ianya dikongsikan di akaun @MALAYSIAVIRALL.
Jelas TNB, arahan pemotongan bekalan elektrik adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga.
Pihaknya tidak akan melakukan pemotongan tersebut walaupun premis berkenaan mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi dan berada dalam keadaan berkunci.
Ini kerana pihak mereka tidak dibenarkan menceroboh premis tanpa kebenaran pemilik.
Berikut antara komen warganet:
Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa
Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Buat Laporan Polis, Dakwa Penyanyi Terkenal Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik Cecah RM6,770
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…