Penyewa Tak Bayar Sewa Lebih 4 Tahun & Biar Bil Elektrik Tertunggak Lebih RM21,000 Undang Perhatian Ramai
Menurut TNB, pihaknya tidak akan melakukan pemotongan tersebut walaupun premis berkenaan mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi dan berada dalam keadaan berkunci.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi segelintir individu, ada yang membuat perkhidmatan sewa bilik atau rumah bagi menjana pendapatan sampingan menggunakan aset sedia ada.
Namun, tidak semua orang bernasib baik mendapat penyewa yang bertimbang rasa dan menjaga kediaman yang disewa seperti milik mereka.
Ini kerana masih ada segelintir penyewa yang tidak bertanggungjawab dengan tidak membuat bayaran sewa rumah serta bil utiliti antaranya seperti bil elektrik hingga menyusahkan orang lain.
Penyewa Tak Bayar Sewa 4 Tahun, Bil Elektrik Tertunggak Lebih RM21,000
Itulah yang dikongsikan oleh seorang perunding hartanah mengenai sikap penyewa sebuah rumah yang bakal dilelong.
Menurut perunding yang dikenali sebagai Rubi Hasman, dia mendakwa pemilik sebenar rumah berkenaan telah menghilangkan diri dan hanya tinggal penyewa sahaja yang mendiami kediaman tersebut.
Apa yang mengejutkan adalah penyewa itu telah menetap lebih empat tahun secara percuma tanpa membayar sewa rumah serta bil elektrik hingga mempunyai tunggakan lebih RM21,000.
Penyewa Tahu Rumah Akan Dilelong
Tambah Rubi lagi, penyewa rumah tersebut tahu mengenai status rumah berkenaan yang bakal dilelong dan dia ada berjumpa dengan penyewa tersebut selepas rumah berjaya dilelongkan.
“Penyewa setuju untuk keluar dalam masa dua bulan lagi. Selepas dia keluar, dia tinggalkan kami bil elektrik dengan harga RM21k+.
“Sebenarnya kami dah tahu dah tentang tunggakan tu. Ye lah, sebelum bid mesti dah cek segala bil-bil kan,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu juga, Rubi memaklumkan bahawa dia bernasib baik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenepikan bil berkenaan yang membabitkan rumah lelong.
Walau bagaimanapun, kami mendapati hantaran asal mengenai perkara ini telahpun dipadam oleh Rubi.
Hantaran Jadi Perhatian Warganet
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka hairan dan tertanya-tanya sebab rumah berkenaan tidak dipotong bekalan elektrik oleh TNB walaupun mempunyai tunggakan dengan jumlah yang banyak.
Ada juga segelintir yang mengecam sikap penyewa berkenaan yang tidak bertanggungjawab yang hanya tinggal dirumah berkenaan secara percuma dan membiarkan sahaja bil elektrik berkenaan.
Nasihat Pemilik Rumah Sewa Agar Berjaga-Jaga
Menerusi hantaran terbaharu, Rubi ada membuat penjelasan mengenai bil elektrik yang diketepikan oleh TNB.
Menurut wanita berkenaan, pengenepian bil itu hanya akan diberi kepada pembeli rumah lelong dan bukan kepada pemilik rumah atau pemilik berdaftar dengan TNB di mana pemilik asal masih lagi menanggung hutang berkenaan.
Malah, dia turut menjelaskan bahawa TNB tidak boleh menceroboh rumah individu sekiranya kediaman berkenaan dikunci oleh pemilik rumah.
Dia turut menasihatkan agar pemilik rumah untuk memantau bil elektrik rumah yang disewa supaya tidak berhadapan dengan masalah tunggakan seperti itu.
Untuk kes yang tunggakan elektrik tu, saya nak highlightkan beberapa perkara: 1. Untuk waive tu, maksudnya pembeli…
Posted by Rubi Hasman on Sunday, 7 January 2024
TNB Beri Maklum Balas Mengenai Potongan Bekalan Elektrik
Isu sama turut dijelaskan oleh TNB menerusi satu ciapan balas selepas ianya dikongsikan di akaun @MALAYSIAVIRALL.
Jelas TNB, arahan pemotongan bekalan elektrik adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga.
Pihaknya tidak akan melakukan pemotongan tersebut walaupun premis berkenaan mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi dan berada dalam keadaan berkunci.
Ini kerana pihak mereka tidak dibenarkan menceroboh premis tanpa kebenaran pemilik.
Hi @adzdin. Arahan pemotongan adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga. Pihak TNB tidak akan melakukan pemotongan walaupun mempunyai tunggakan tinggi sekiranya premis berkunci kerana pihak TNB tidak boleh menceroboh premis tanpa kebenaran daripada pemilik akaun. TQ – Ilyana
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) January 7, 2024
Berikut antara komen warganet:
“Peliknya TNB Tak Potong Elektrik Selepas Tak Bayar Bil Berbulan-Bulan”
“Macam Mana Tertunggak Sampai Puluh Ribu”
“Sebab Tu Bila Kita Bagi Sewa, Kita Kena Suruh Dia Buka Akaun TNB & Bil Air Sendiri”
“Patut Sewa Rumah Disekalikan Dengan Bil Air & Elektrik”
“Pernah Kena Sekali Dengan Penyewa Dari Neraka Macam Ni”
Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa
Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Buat Laporan Polis, Dakwa Penyanyi Terkenal Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik Cecah RM6,770