fbpx
Now Reading
“Dari Siakap Ke Nasi Khao Mok Dia Masak” – Menu Harian Pelajar Lelaki IPT Di Rumah Sewa Raih Pujian [Video]

“Dari Siakap Ke Nasi Khao Mok Dia Masak” – Menu Harian Pelajar Lelaki IPT Di Rumah Sewa Raih Pujian [Video]

Menurut pelajar UiTM itu, dia dan rakan serumahnya akan menyenaraikan menu yang mahu dimasak dan membahagikan kos tersebut kepada setiap isi rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam zaman yang serba mencabar ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Selain daripada tugas hakiki sebagai seorang penuntut IPT, segelintir pelajar turut melakukan kerja tambahan lain bagi menampung kehidupan seharian.

Oleh sebab itu, ada di antara mereka yang lebih memilih untuk menikmati makanan segera seperti Maggi dek kerana tuntutan masa yang terhad serta bagi tujuan menjimatkan perbelanjaan.

Kumpulan Pelajar Lelaki Masak Hidangan Menyelerakan

Namun, berbeza pula dengan sekumpulan pelajar lelaki ini yang tidak menjadikan makanan segera sebagai makanan utama.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @akmalnizar, kelihatan menu harian dia dan rakan-rakan serumahnya begitu berbeza dengan rumah bujang yang lain yang mana mereka menjamu pelbagai jenis hidangan dan lauk-pauk yang kebiasannya dimasak oleh kaum-kaum ibu.

Antara hidangan yang disediakan oleh sekumpulan pelajar lelaki dari jurusan kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah siakap tiga rasa, kari ayam, ayam goreng, nasi khao mok, nasi lemak, ayam masak merah dan ayam pad khra pao.

Malah, mereka juga dilihat turut mempunyai kemahiran memasak kuih-muih antaranya seperti cucur bawang dan kuih koci.

“Selalu orang ingat student (pelajar) lelaki kalau sewa rumah makan maggi je, hahaha nope! Kami masak macam-macam makanan kot, macam restoran dah,” tulis Akmal di ruang kapsyen.

@akmalnizar04

Selalu orang ingat student lelaki kalau sewa rumah mesti makan Maggi ja, HAHHAAH nope, kami masak macam2 makanan kot, macam restoran dah😜. #fyp #fypシ #foryou #uitm #students #siswa #rumahsewa #studentlelaki

♬ original sound – ᶜ ʰ ˡ ˡ ˣ ᵉ ᵈ ⁱ ᵗ ˢ – ᶜ ʰ ˡ ˡ ˣ ᵉ ᵈ ⁱ ᵗ ˢ

Siap Ada Alatan Memasak, Kongsi Duit Beli Barang Masak

Apa yang menjadi perhatian adalah kumpulan pelajar tersebut turut mempunyai peralatan memasak yang lengkap antaranya seperti penggoreng udara (air fryer), periuk nasi dan juga pengukus yang pastinya amat jarang dijumpai di segelintir rumah sewa pelajar khususnya lelaki.

Jelas pelajar berkenaan menerusi ruang komen, dia dan rakan serumahnya akan menyenaraikan menu yang mahu dimasak dan akan membahagikan kos tersebut kepada setiap isi rumah.

Video Buat Ramai Kagum

Video yang telah mendapat lebih 340 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata warganet kagum dengan tindakan sekumpulan pelajar berkenaan yang dilihat pandai memasak pelbagai menu.

Malah, ada yang memuji kerjasama mereka dalam membeli dan menyediakan bahan mentah yang disifatkan susah untuk dijumpai dalam diri segelintir individu yang lain.

Berikut antara komen warganet:

“Menangis Aku, Koci Pon Dia Pandai Buat”

“Wah Hebat Ye Masak-Masak, Saya Masa Student Takdelah Advanced Masak Sampai Nasi Kao Mok Weh”

“Budak-Budak Ni Bagus Je, Housemate Adik Lelaki Aku Dah La Tak Reti Keluarkan Duit”

“Masak Sendiri Lebih Jimat & Boleh Makan Banyak”

“Kami Yang Perempuan Ni Makan Maggi”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Sudah Pandai Masak Char Kuetiau [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tiap Hari Makan Mi Segera” – Lelaki Nekad Ceraikan Isteri Yang Hanya Pandai Masak Maggi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.