fbpx
kanak-kanak umur 6 tahun pandai masak

Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Sudah Pandai Masak Char Kuetiau [Video]

Menerusi video lain yang dimuat naik, si ibu turut berkongsi menu lain yang dimasak oleh anaknya seperti muffin telur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya dimana ia membawa maksud jika ingin mendidik anak ia perlu dimula sejak mereka kecil lagi.

Ini kerana, perkara yang diajar kepada mereka ketika kecil lebih mudah untuk diingati dan aplikasikan ke dalam hidup terutama jika ia berkaitan dengan ilmu, adab, kemahiran dan sebagainya.

Masih kecil tetapi kanak-kanak sudah pandai masak kuetiau

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh si ibu ini meskipun anak lelakinya masih kecil tetapi dia sudah pandai memasak.

Menerusi video dikongsikan oleh Athira Hawa, kelihatan kanak-kanak berkenaan sedang membuat persiapan untuk membuat Kuetiau goreng yang dipesan oleh kedua ibu bapanya.

“Siapa suruh bagi anak terlibat dengan kerja rumah dari kecil. Kan dah hari ni dia ambil order (pesanan) bonda babah nak makan apa,” katanya.

Tak kekok ketika memasak di dapur

Apa yang lebih mengagumkan kanak-kanak itu tidak kelihatan kekok ketika memasak.

Malah dia memasukkan setiap bahan dan rencah masakannya dengan penuh berhati-hati tanpa bimbang minyak terperecik dan sebagainya.

Ketika ditanya berapakah umur kanak-kanak tersebut, ibunya menjawab dia berumur enam tahun.

Ramai kagum lihat kebolehan kanak-kanak 6 tahun memasak

Melihat di ruangan komen, perkara ini turut membuatkan ramai netizen kagum dengan kebolehan kanak-kanak ini walaupun masih kecil tetapi dia sudah pandai memasak.

Menerusi tinjauan kami, video ini telah dimuat naik oleh Athirah pada bulan Januari yang lalu namun ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Selain video memasak kuetiau, Athirah turut berkongsi rakaman lain yang memaparkan bahawa dia pada awalnya mengajar si kecil itu dengan menu mudah dan membuat satu sudut khas untuk kanak-kanak tersebut memasak.

@syatirahabdullah

Replying to @natocos part tuang last tu …mujur laaa ngam2 je..🤣🤣 #praticallifesklill #preparedenvironment

♬ original sound – NazriZahri – nxzri.ahmad

“Saya kecil macam ni lah, suka masak senyap-senyap”

“Wah dik, saya goreng cucur pun kadang-kadang tak jadi”

“Pandainya dik.. mesti minat memasak ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.