Bergelar seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana ada sahaja perkara yang mungkin akan dipersoal atau dikritik oleh sesetengah netizen yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.
Seperti baru-baru ini, pelawak terkenal Achey juga tidak terlepas daripada menerima kritikan segelintir netizen selepas tular di media sosial video dirinya menerima hadiah sebuah kereta Ford Ranger daripada seorang usahawan kerana mempromosikan produk milik syarikatnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bantu Promosi Produk Usahawan, Achey Terima Hadiah Ford Ranger
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@achey_kintangkintung), Achey membalas dan menjawab komen yang diberikan seorang individu yang mendakwa pelawak kumpulan Bocey itu sudah kaya.
“Achey dah kaya, pakai Audi, buat apa pakai banyak kereta? Kita ini B40 kais pagi kais petang,” tulis komen tersebut.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, komen individu tersebut diberikan semasa dia sudahpun mencapai kejayaan seperti apa yang diperkatakan lelaki tersebut.
Katanya, bagaimanapun individu terbabit tidak melihat dan tidak mengetahui saat-saat susah yang dilalui bekas juara Maharaja Lawak Mega itu semasa awal penglibatannya dalam bidang seni.
Berkongsi lanjut, Achey menjelaskan bahawa kebanyakan kereta yang dimilikinya termasuk Audi TT telahpun dijual untuk menampung kos rawatan arwah ayahnya, arwah ibunya dan arwah bapa mentuanya.
“Komen awak ini hadir semasa saya telahpun mencapai apa yang awak cakap ini. Audi awak cakap itu dah jual dah, kenderaan-kenderaan yang banyak dah jual dah semasa nak buat berubat arwah bapa mentua, arwah bapa dan paling perit sekali untuk perubatan arwah mak saya,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Demi Tampung Kos Rawatan Ibu, Achey Sanggup Jual Motosikal Kesayangan
Menurutnya lagi, cerita yang dikongsikan itu bukanlah dengan niat untuk mengungkit, sebaliknya hanya memperjelaskan tentang apa yang berlaku kepada individu tersebut.
“Sebab itu saya cakap, awak hadir di saat saya sudah mencapai semua itu, tapi awak tak ada, awak tak hadir dan awak tak nampak apa yang saya lalui untuk mencapai apa yang awak cakap ini,” katanya lagi.
Di akhir video, Achey turut berkongsi beberapa gambar sekitar tahun 2013 yang lalu semasa dia baru sahaja bergelar seorang artis.
Dalam foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat Achey hanya menaiki motosikal jenis kapcai seperti Modenas Kriss, Suzuki RGV dan Honda Cup.
Tidak hanya itu, Achey turut berkongsi video saat dia melakukan jualan gula-gula secara siaran langsung (live) di aplikasi TikTok untuk mencari rezeki yang lebih.
Baca Artikel Berkaitan: Achey Beli Van Jenazah Hasil Keuntungan Jual Gula ‘Tiara Candy’ Cetusan Anaknya Di TikTok [Video]
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…