“Baru Besar Kematu Dah Pandai Broken” – Netizen Saran Ibu Bapa Pantau Anak Guna Media Sosial

Kecanggihan teknologi pada masa kini diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian. Antara yang paling ketara adalah proses mendapat maklumat yang lebih mudah dan pantas.

Malah, perkembangan teknologi ini juga dilihat membantu kanak-kanak khususnya dalam proses pembelajaran.

Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa pada masa kini sanggup membelanjakan wang ringgit bagi memberi kemudahan seperti gajet kepada anak-anak mereka.

Namun, terdapat segelintir kanak-kanak yang dilihat mengambil kesempatan di atas kemudahan yang diberikan.

Kecil Lagi Tapi Dah Pandai Luah Rasa Broken

Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Tik Tok, seorang kanak-kanak perempuan memuat naik gambar seolah-olah sedang mengalami rasa kecewa.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia membandingkan dirinya dengan rumah di dalam watak animasi Upin dan Ipin serta Boboiboy.

Menurut kanak-kanak perempuan itu, dia menganggap dirinya sebagai ‘rumah singgah’ yang diibaratkan hanya tempat persinggahan dan didakwa membawa maksud yang sama seperti lagu Rumah Singgah nyanyian Fabio Asher.

Foto: Twitter

Hantaran Kanak-Kanak Dapat Perhatian Ramai

Hantaran yang turut dikongsikan menerusi platform Twitter (X) itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Rata-rata terkejut apabila melihat kanak-kanak seusia itu sudah pandai meluahkan rasa kecewa di media sosial.

Malah, warganet berpendapat, umur seperti itu seharusnya tidak terjebak dengan perasaan cinta atau kecewa.  

Mereka seharusnya dilibatkan dengan aktiviti yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan peringkat umur.

Ada juga warganet yang turut menasihatkan agar ibu bapa pada masa kini memantau anak mereka dalam penggunaan media sosial bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang sama.

Persoalannya, adakah ini sesuatu yang baharu atau ia sudah lama berlaku cuma yang membezakan hanyalah medium.

Jika zaman kini luahan menerusi media sosial manakala zaman dahulu curhat lebih ditumpukan sembunyi di dalam diari dan juga surat.

Foto: Sekadar Hiasan

Berikut antara komen warganet:

“Zaman Kita Kecil-Kecil Punyalah Busy Main Basikal, Main Mak-Mak, Banyak Tengok Budak Sekolah Rendah Sekarang Terpaling Tersakiti”

“Zaman Kita Dulu Besar Tu Tengah Main Kejar-Kejar Lagi”

“Ada Je Ibu Bapa Dah Halang Tapi Budak-Budak Ni Memandai Download Semua”

“Dulu Kita Ada Facebook Pun Sebab Nak Main Game Je”

“Saya Dulu Habis Sekolah Baru Merasa Pegang Telefon Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

10 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago