Kakak Dedah Anak Bella Mengadu Ibunya Sering Dipukul & Dimarahi Teman Lelaki

Umum pasti mengetahui suspek utama dalam pembunuhan Mira Sharmilah Samsusah, 32, atau lebih dikenali sebagai Bella sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pagi tadi (24 Januari).

Suspek, Mohammad Haikal Mahfuz yang juga teman lelaki arwah Bella dilaporkan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercayai motif pembunuhan adalah disebabkan cemburu dan sakit hati.

Baca artikel berkaitan: Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella, Cemburu & Sakit Hati Dipercayai Punca Pembunuhan

Kakak dedah anak Bella mengadu ibu selalu dipukul

Terbaharu, kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, mendedahkan anak arwah ada mengadu yang ibunya sering dipukul oleh tertuduh yang dipanggilnya sebagai ‘uncle’.

Perkara itu diluahkan anak sulung arwah yang dikenali sebagai Eusuf, 5, selepas melihat berita berkenaan ibunya di televisyen pagi ini.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak berkenaan bersama adiknya masih lagi bingung apabila melihat wajah ibunya muncul di kaca televisyen.

“Eusuf mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya ketika mereka keluar bersama-sama. Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya).

“Dia (anak Bella) tanya kenapa mummy keluar kat TV (televisyen)? Mummy keluar dengan uncle, uncle dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa mummy tak balik?

“Umi dah cakap (beritahu) dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal dia orang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul mummy, dia cerita kepada kami,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Kakak akan jaga dua anak Bella

Menurut Norisham lagi, selepas ini dia akan mengambil tanggungjawab menjaga kedua-dua anak arwah adiknya itu.

Malah dia menjelaskan arwah sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk tinggal bersama-samanya di Johor Bahru bermula musim cuti sekolah akan datang.

Mengulas mengenai jenazah Bella yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, Norisham berkataa ahli keluarga mereka ketika ini masih belum reda lagi kerana kejadian itu berlaku dengan cepat.

“Pengakhiran sangat kecewa, ia sebab benda ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap nampak menipu.

“Tapi last (terakhir) ini kami dapat (tahu pengakhiran begini)…tak apa dapat juga (temukan rangka),” kata Norisham.

Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana jenazah Bella sudah ditemui selain berharap keadilan akan berpihak kepada mereka.

Sebagai rekod, ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarganya gagal menghubunginya sebelum mereka membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember 2023.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

53 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

6 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago