fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Rangka Yang Dijumpai Adalah Milik Bella

Polis Sahkan Rangka Yang Dijumpai Adalah Milik Bella

Laporan ujian DNA yang dilakukan menunjukkan ia sepadan dengan sampel diambil dari ibu dan juga kakak Bella.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 14 Disember lalu, negara telah digemparkan dengan berita kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Mila Sharmila Samsusah yang berusia 32 tahun.

Wanita yang mesra dipanggil Bella dilaporkan telah keluar dari kediamannya di Taman Soga, Batu Pahat, Johor pada jam 11.50 malam bersama teman lelakinya untuk ke dobi.

Bella bagaimanapun dilaporkan tidak pulang membuatkan ahli keluarganya tampil membuat dua laporan polis berhubung kehilangan mangsa di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat.

Polis temui rangka manusia di sebuah rumah terbiar dipercayai milik Bella

Susulan kehilangan wanita berkenaan, polis kemudiannya menjalankan operasi mencari Bella sebelum akhirnya menemukan satu rangka manusia dalam keadaan tidak sempurna di sebuah kediaman terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah pada 19 Januari.

Selain itu, cebisan kain yang dijumpai pada rangka manusia tersebut dipercayai pakaian terakhir yang dipakai mangsa sewaktu hilang.

Oleh itu, ujian asid deoksiribunukleik (DNA) telah dijalankan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk mengenal pasti identiti rangka berkenaan.

Sah rangka dijumpai milik Bella

Terbaharu, misteri kehilangan wanita berkenaan akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia yang dijumpai dalam keadaan tidak sempurna itu adalah milik Bella.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Baru Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Jelasnya, menerusi laporan didapati hasil analisa DNA itu menunjukkan ia sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak mangsa.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Batu Pahat esok pagi (24 Januari),” ujarnya, lapor Malaysia Gazette.

Keluarga telah dihubungi untuk menuntut mayat mangsa

Memetik laporan mStar pihak polis juga telah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat Bella di HSI.

Sebelum ini polis telah menahan tiga suspek termasuk teman lelaki Bella untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.