fbpx
Now Reading
“Uncle, Mummy Mana?” – Anak Tanya Mana Ibunya Kepada Teman Lelaki Bella

“Uncle, Mummy Mana?” – Anak Tanya Mana Ibunya Kepada Teman Lelaki Bella

Pertanyaan itu diajukan oleh anak Bella, Eusuf Abdul Fatah yang berusia lima tahun semasa tertuduh, Mohammad Haikal keluar dari mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Disember tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita kehilangan seorang wanita iaitu Mila Sharmila Samsusah yang berusia 32 tahun.

Namun pada 23 Januari lalu, misteri kehilangan wanita itu terjawab apabila polis mengesahkan rangka yang dijumpai pada 19 Januari lalu di sebuah rumah terbengkalai dekat Kampung Batu 7, Tongkang Pecah adalah milik wanita berkenaan.

Oleh itu, suspek iaitu Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang merupakan teman lelaki arwah Bella telah ditahan dan dibicarakan di mahkamah bagi kes berkenaan. Namun sewaktu pembicaraan yang diadakan pada 24 Januari, tiada sebarang pengakuan direkodkan dari tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Baca artikel berkaitan: Polis Sahkan Rangka Yang Dijumpai Adalah Milik Bella

Baca artikel berkaitan: Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella, Cemburu & Sakit Hati Dipercayai Punca Pembunuhan

Baca artikel berkaitan: Kakak Dedah Anak Bella Mengadu Ibunya Sering Dipukul & Dimarahi Teman Lelaki

Anak lelaki Bella tanya pada Mohammad Haikal mana ibunya

Terbaharu, Mohammad Haikal sekali lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk sebutan semula kes pertuduhan membunuh Bella.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila anak kepada arwah Bella iaitu Eusuf Abdul Fatah yang berusia lima tahun bertanya kepada tertuduh di manakah ibunya sewaktu Mohammad Haikal keluar dari mahkamah.

“Uncle, mana mummy?” soal kanak-kanak itu yang hadir ke mahkamah tersebut bersama ahli keluarganya termasuk kakak Bella, Norhisham berusia 36 tahun serta bapa saudaranya, Nor Azhar Jamil, 55.

Soalan tersebut sekali gus mencetuskan suasana hiba di luar mahkamah.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak itu menyoal di manakah keberadaan ibunya itu kepada tertuduh beberapa kali.

Kakak tak dapat tahan sebak sejurus mendengar soalan Eusuf

Dalam pada itu, kakak kepada arwah Bella yang mesra dipanggil Ayu dilihat tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila mengenangkan nasib si kecil yang merindui ibu tercinta.

“Saya terperanjat apabila Eusuf secara spontan tanya kepada tertuduh di mana ibunya. Eusuf selalu bertanya mana mummy, jadi saya cakap nanti umi bawa Eusuf jumpa uncle nanti Eusuf tanyalah.

“Jadi bila Eusuf tanya begitu secara spontan kepada Mohammad Haikal, keadaan jadi sayu,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Sedih Bella tiada Ramadan tahun ini

Disoal mengenai Ramadan, Ayu turut menjelaskan mereka sekeluarga terasa sedih dengan ketiadaan arwah Bella.

Untuk makluman Bella mempunyai seorang lagi anak selain Eusuf iaitu Maream Isabel yang berusia tiga tahun dan si kecil itu kini dijaga oleh neneknya, Noraini Salleh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.