fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Kakak Bella Ditahan Kerana Siar Foto Budak Saksi Kes Bunuh Adiknya Di TikTok

Polis Sahkan Kakak Bella Ditahan Kerana Siar Foto Budak Saksi Kes Bunuh Adiknya Di TikTok

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, pihaknya telah membuka membuka kertas siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (13 Mac), pihak polis mengesahkan telah menahan seorang wanita pada pagi tadi selepas didakwa menayangkan gambar seorang kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung di aplikasi TikTok.

Suspek berusia 36 tahun yang juga kakak kepada arwah Mila Sharmilah Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, ditahan sejurus tiba di IPD Batu Pahat, Johor untuk memberi keterangan.

Kakak Bella ditahan 2.10 pagi di IPD Batu Pahat

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita itu ditahan pada jam 2.10 pagi tadi selepas pihak polis menerima laporan seorang wanita memaklumkan gambar anaknya telah digunakan di TikTok.

“Kanak-kanak itu merupakan saksi pendakwaan bersabit kes bunuh di daerah ini hujung tahun lalu yang disebarkan melalui aplikasi itu. Dia kemudian ditahan ketika tampil memberi keterangan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Batu Pahat.

“Selain tangkapan, polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan ketika bersiaran langsung, untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Berita Harian.

Menurut Ismail, suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pagi tadi dan direman sehari bermula hari ini.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001

Berkongsi lanjut, Ismail berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis menasihatkan orang awam agak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya lagi.

Terdahulu, tular dakwaan di TikTok yang mengatakan kakak Bella itu telah ditahan berhubung satu video sesi ‘live’ di TikTok.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.