Durian atau turut digelar sebagai raja buah amat digemari ramai khususnya bagi penduduk asia seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, China serta banyak lagi.
Malah buah tempatan ini jika di Malaysia mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada orang ramai apabila tiba musimnya.
Namun bagi mereka yang meminati buah ini, pastinya ingin mencubanya apabila berkunjung ke nagara lain contohnya adalah Thailand. Ini kerana, buah tersebut mungkin mempunyai rasa dan kualiti yang berbeza dengan Malaysia.
Baru-baru ini influencer, Tara Choi yang berasal dari Korea Selatan tidak melepaskan peluang untuk mencuba durian semasa melancong di Thailand.
Namun influencer itu berpendapat buah durian dari Malaysia lebih sedap berbanding Thailand.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Tara di TikTok, awalnya dia telah berkunjung ke sebuah kedai buah ketika berada di Thailand untuk membeli durian dan melihat dengan sendiri bagaimana ia dikupas.
Meskipun pelik dengan cara buah itu dikupas namun ia tidak mematahkan semangat Tara untuk tetap mencubanya. Sebaik sampai di hotel dia kemudian segera membuka plastik bungkusan buah tersebut.
“Sekarang balik hotel, jom cuba (makan buah durian),” katanya.
Sebelum mula menjamah, Tara terlebih dahulu membaunya dan merasakan buah tersebut tidak berbau kuat.
Malah tekstur isi durian itu juga dilihat lebih kering berbanding buah durian di negara ini. Dia juga menyatakan terdapat pihak yang memaklumkan durian di negara itu tidak sedap.
“Jadi ia membuatkan saya nak rasa, jemput makan.” Tara kemudian memasukkan buah tersebut ke dalam mulut dan sebaik merasainya dia mula memahami mengapa terdapat pihak mengatakan ia kurang enak.
“Hmm faham, faham. Tak sedap. Durian ini tak betul lah. Thai durian ‘so’ lemah. Bau, rasa dan warna juga kurang walau saiznya besar.
“Saiz sahaja besar tapi rasa tak ada, durian Malaysia lebih sedap,” katanya dalah video tersebut.
Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan buah durian di Thailand dipetik terus dari pokoknya dan tidak cukup masak. Manakala di Malaysia buah tersebut ditunggu hingga gugur dengan sendirinya.
Ada juga yang mengatakan mungkin itu adalah tekstur isi durian yang digemari oleh penduduk di sana.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan jika ke Thailand buah yang perlu dirasai adalah buah mangga kerana ia sangat manis.
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…
Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…
Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.